Feeds:
Kiriman
Komentar

Bangi, 11 November – Ustaz Annuar Salleh, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat, telah menyampaikan sebuah ceramah bertajuk “Korban dan Pengorbanan” di Surau Skybridge, PETRONAS Research Sdn Bhd, Bangi.

..Pengorbanan sebenar adalah untuk mengorbankan harta dan diri bagi merapatkan jurang antara realiti semasa dengan visi kita untuk menaikkan kembali syiar Islam” – YDP ISMA DHL

Teruskan pembacaan »

Salam kepada semua, semoga ceria dan dirahmati Allah selalu.

Solat Subuh Berjemaah di UKM

InsyaAllah bermula Ahad 8 November 2009, semua ahli ISMA (lelaki) dan semua yang berminat beriadah bersama-sama, dikehendaki solat subuh berjemaah di masjid UKM (5.50am) sebelum Riadah. Ini adalah sebahagian daripada usaha ISMA untuk memantapkan ukhuwwah dan disiplin amal jamaie kita.

Maksudnya, kita ingin membentuk beberapa unsur disiplin dalam amal jamaie dan salah satu inisiatif ialah melalui program solat subuh berjemaah di masjid. Projek ini akan dilaksanakan di semua kawasan dan insyaAllah DHL akan memulakannya.

Riadah

Sejurus itu, Teruskan pembacaan »

Seperti tahun-tahun lepas, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sekali lagi menganjurkan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah di Aceh sempena Hari Raya Eidul Adha 1430H. Pada tahun ini juga ISMA akan memperluaskan program ini ke Padang dan Kemboja. Semua muslimin muslimat dijemput untuk mengambil bahagian.

Harga:-
1 bahagian Lembu = RM 380.00
1 Ekor Lembu = RM 2660.00
1 Ekor Kambing = RM 420.00

Cara Bayaran:-

1. Serahan Tunai
2. Bank-In ke akaun ISMA (Maybank a/c: 5622 1820 1823 – Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia)
3. Maybank2u (a/c: 1122 2319 8208 – Osman Md. Rasip)
4. Serahan Cek (atas nama “Ikatan Muslimin Malaysia”)

Berminat?! Teruskan pembacaan »

Ustaz Mohamad b Ismail dan para AJK ISMA DHL mengagihkan sumbangan kepada para penerima

Bandar Baru Bangi, 5 September – ISMA Cawangan Hulu Langat (DHL) dengan kerja sama Yayasan Ikhlas menganjurkan majlis Iftar Jama’ie bertempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAI BBB).  Sekitar 200 orang tetamu dan jemputan hadir ke majlis ini.  Para jemputan terdiri daripada wakil Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Majlis Perbandaran Kajang, para guru SRAI BBB, Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).  Tetamu lain terdiri daripada ahli, keluarga ahli dan mad’u yang terdiri daripada Institusi Pengajian Tempatan (IPT) sekitar Bangi.

Majlis Iftar ini turut dimeriahkan lagi dengan pemberian bantuan berbentuk sumbangan wang tunai dan hamper berisi makanan daripada Yayasan Ikhlas.  Penerima bantuan kali ini terdiri daripada wakil-wakil daripada Persatuan Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi dan anak-anak yatim SRAI BBB.  Yayasan Ikhlas telah ditubuhkan oleh Biro Dakwah dan Kebajikan ISMA.  Menurut  Pengerusi Yayasan Ikhlas, Ustaz Mohamad Ismail, Yayasan Ikhlas telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bertujuan menghulurkan sumbangan kebajikan untuk ahli-ahli ISMA dan bukan ahli di samping menyampaikan mesej dakwah kepada golongan sasaran. Ujar beliau lagi, “Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini akan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang mereka tanggung terutama sekali menjelang Eidul Fitri di bulan Syawal tidak lama lagi”.

Teruskan pembacaan »

Saudara Mohd Nor Azib Asmangi, NYDP ISMA DHL, menyampaikan duit raya

Saudara Mohd Noor Azib Asmangi, NYDP ISMA DHL, menyampaikan duit raya

Bandar Baru Bangi, 10 Oktober – ISMA Cawangan Hulu Langat (DHL) menganjurkan Haflah Aidilfitri pada tahun ini buat julung kalinya di pejabat baru di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Tetamu jemputan kali ini terdiri daripada wakil-wakil Persatuan Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi, Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina).  Di samping itu juga, para ahli beserta seisi keluarga masing-masing dan rakan taulan turut memeriahkan sambutan Aidilfitri ini yang dianjurkan secara sederhana.

Teruskan pembacaan »

الْحَمْدِ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلا عُدْوَانَ ِإلا عَلَى الظَّالِمِيْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekalian,

Setelah 61 tahun berlalu, Palestin masih lagi menangis. Hari ini Palestin menyaksikan pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa gugur syahid di tangan tentera Zionis yang tidak menghargai nyawa orang lain. Anak-anak yatim Palestin dan para balu menangis kerana kematian bapa dan suami yang berjuang mempertahankan walau seinci bumi yang dimiliki daripada terus dijajah oleh Yahudi laknatullah.

Hari ini, rakyat Palestin menderita akibat sifat kebinatangan rakus yang ditunjukkan oleh negara Israel dan sekutu-kutunya. Hak umat Palestin dinafikan dan kebatilan ditegakkan dengan kekerasan.

Teruskan pembacaan »

26 Ogos 2009 – Ustaz Muhammad Fauzi b Asmuni, Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), telah dijemput untuk menyampaikan pengisian ilmu di Surau Al-Hidayah, Multimedia University (MMU) Cyberjaya. Beliau telah membuat pembentangan tentang satu peristiwa peperangan yang cukup epik dalam sejarah yang berlaku pada 25 Ramadhan pada tahun 658H; iaitu Peperangan Ain Jalut.  Teruskan pembacaan »

Erti Aidilfitri

Kita bersyukur kepada Allah kerana sudah berjaya meyempurnakan Ibadah puasa di bulan Ramadan, berjaya menghidup malam-malamnya dengan solat tarawikh, qiamullail, dan beri’tikaf sebagai persediaan hidup kita di alam barzakh dan alam akhirat.

Allah memfardukan amal-amal ibadah secara khsusus kepada kita sebagai syiar untuk kita membuktikan keimanan dan ketaatan kita kepada Allah dan juga bertujuan supaya umat Islam dapat membersihkan jiwa mereka daripada dosa-dosa dan mengangkat mereka ke darjat seorang yang bertakwa.

Namun kejayaan kita mendapat Syurga Allah di hari akhirat dan terlepas daripada azab neraka hanyalah kurnian Allah dan RahamtNya juga . Walau banyak mana sekalipun amal ibadah kita; kita tidak akan mampu terlepas daripada azab Allah dan mendapat kurnia syurganya pada hari akhirat tanpa kurnian Rahmat dan keampunanNya .

Teruskan pembacaan »

Ahli-ahli ISMA beriktikaf di Masjid UIA

Ahli-ahli ISMA beriktikaf di Masjid UIA

21-23 Ramadhan (11-13 September 2009) – Bermula lewat petang 21 Ramadhan, ahli-ahli ISMA DHL telah mula berkumpul di Masjid UIA untuk berkampung selama 3 hari 2 malam, beriktikaf di sana bersama dengan ahli-ahli yang lain dari sekitar Selangor. Dengan suasana di Masjid UIA yang ‘hidup’ pada malam-malam Ramadhan, lebih dari 100 ahli ISMA telah hadir.

Tazkirah Ustaz Abdulah Zaik, Presiden ISMA Teruskan pembacaan »

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »