Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘ISMA’

Realiti masyarakat Melayu hari ini menggambarkan seolah-olah bangsa Melayu telah hilang hakikat jatidiri mereka. Semua nilai negatif telah dilonggokkan pada imej mereka. Lebih malang lagi, senario politik semasa telah mengakibatkan perjuangan mereka ditentukan oleh agenda bangsa minoriti yang telah menjadi golongan pendesak. Adalah dipercayai, ini merupakan kesan langsung dari penjajahan jangka panjang yang bermula sejak tahun 1511 lagi.

Penjajahan fizikal dan minda telah mengakibatkan mereka hilang jatidiri dan agenda perjuangan. Apa yang dapat kita dilihat pada hari ini adalah simptomnya yang zahir dalam masyarakat. Antara senjata utama penjajah adalah humanisme dan globalisasi yang telah memaksa bangsa ini menerima piawaian barat sebagai ukuran keadilan, kejayaan dan ketamadunan.

Justeru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu Konvensyen yang bertajuk “Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka” sempena memperingati kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka 1511.

Ia bagi menyedarkan masyarakat Melayu Islam sejarah kegemilangan yang pernah dicapai oleh bangsa mereka yang didirikan dengan berpaksi kepada keutuhan jatidiri dan iltizam tinggi terhadap pelaksanaan syariat Islam.

Layari laman web rasmi Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM) 1511 untuk maklumat lanjut dan mendaftar sebagai peserta.

Advertisements

Read Full Post »

Read Full Post »

26 Ogos 2009 – Ustaz Muhammad Fauzi b Asmuni, Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), telah dijemput untuk menyampaikan pengisian ilmu di Surau Al-Hidayah, Multimedia University (MMU) Cyberjaya. Beliau telah membuat pembentangan tentang satu peristiwa peperangan yang cukup epik dalam sejarah yang berlaku pada 25 Ramadhan pada tahun 658H; iaitu Peperangan Ain Jalut.  (selanjutnya…)

Read Full Post »

Read Full Post »

Ahli-ahli ISMA beriktikaf di Masjid UIA

Ahli-ahli ISMA beriktikaf di Masjid UIA

21-23 Ramadhan (11-13 September 2009) – Bermula lewat petang 21 Ramadhan, ahli-ahli ISMA DHL telah mula berkumpul di Masjid UIA untuk berkampung selama 3 hari 2 malam, beriktikaf di sana bersama dengan ahli-ahli yang lain dari sekitar Selangor. Dengan suasana di Masjid UIA yang ‘hidup’ pada malam-malam Ramadhan, lebih dari 100 ahli ISMA telah hadir.

Tazkirah Ustaz Abdulah Zaik, Presiden ISMA (selanjutnya…)

Read Full Post »

Penduduk Bangi mengisi ruang lapang Stadium Seksyen 15

Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 7 Feb 2009 – Kempen “Save Gaza” yang telah berlangsung selama 2 minggu di bawah naungan YB ADUN Bangi dan anjuran Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB) telah ditutup dengan laungan jihad pada Malam Save Gaza dan Majlis Solat Hajat Perdana di sini.

Malam Save Gaza dan Majlis Solat Hajat Perdana yang diterajui oleh PPBBB ini telah dianjur bersama-sama ISMA, PEMBINA, Aman Palestin, Jasa, Karisma, Ampac, JIM, masjid-masjid dan surau-surau sekitar Bandar Baru Bangi, peniaga dan persatuan pelajar dari ISIUKM dan KUIS.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Tempat: Pejabat ISMA Bangi (atas Restoran Amir, belakang hospital Az-Zahrah)
Tarikh: 17 Jan 09 (Sabtu)
Masa: 9.00 mlm (Sabtu) – 7.30 pagi (Ahad)
Tema: Remaja Soleh, Insan Musleh
Pengisian: Trilogy: Hijrah | Hari Asyura | Terkini Gaza oleh Ust Muthalib

Makanan: Supper dan sarapan pagi disediakan.
Masuk: Percuma.

Program berakhir dengan riadhah bersama di padang bola UKM pada 8.00 pagi Ahad.

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: