Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Julai 2007

Bandar Baru Bangi 21-22 Julai – ISMA Hulu Langat telah berjaya menganjurkan program motivasi mirip MAP Training yang diberi nama Program Gergasi Minda yang mensasarkan golongan remaja. Program ini turut menarik penyertaan remaja dari kawasan lain seperti kawasan Gombak dan Shah Alam. ISMA Gombak telah menghantar seramai 19 orang wakil remaja untuk menyertai program ini.

Belajar POWER!!!Program dikendalikan oleh pakar motivasi dari utara tanah air iaitu Tn Hj Mohd Arif yang berjaya memberi penyampaian yang padu, menarik dan menyentuh perasaan. Program ini bertujuan bagi membina kekuatan dalaman remaja dalam menghadapi cabaran kehidupan dan kepentingan pelajaran dalam mencapai kebahagiaan masa depan.

Remaja juga diingatkan tentang betapa pentingnya perasaan hormat dan kasih sayang yang perlu dicurahkan kepada ibubapa mereka. Pelajar dibayangkan tentang asal kejadian mereka dan bagaimana pengorbanan yang dicurahkan oleh ibubapa dalam membesarkan dan mendidik mereka.

Interaktif!Selain itu prasyarat yang lain untuk mencapai kecemerlangan ialah hubungan erat setiap pelajar dengan Allah s.w.t. Terutamanya dari sudut solat dan doa. Sesungguhnya tiada nilainya kecemerlangan tanpa ketaatan kepada Allah swt.

Seterusnya prasyarat yang turut ditekankan ialah berakhlak mulia terutamanya dengan keluarga, guru-guru, orang yang lebih tua dan rakan sebaya. Akhlak adalah cerminan kepada keperibadian dan nilaian keilmuan kepada seseorang. Kecemerlangan tanpa akhlak ibarat buah yang cantik tetapi pahit rasanya.

Peserta yang ditemui selepas program memberi maklum balas yang baik dan mereka merasakan program ini amat bermanfaat. Malah mereka melahirkan hasrat untuk mengikuti program-program seterusnya yang telah dirancang oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM).

 

Advertisements

Read Full Post »

%d bloggers like this: