Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2008

Oleh:
Ustaz Mohamad bin Ismail
Timbalan Yang Dipertua ISMA DHL

Advertisements

Read Full Post »

Putrajaya, 30 Mac – Seramai lebih kurang 100 ahli ISMA DHL bersama ahli keluarga telah menghadiri Hari Keluarga ISMA DHL 2008 yang diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 16 di sini. Hari yang penuh meriah serta sarat dengan aktiviti ini difokuskan untuk merapatkan lagi ukhuwwah yang sudah siap terbina di kalangan ahli. Dalam ucapan perasmian oleh YDP Ustaz Annuar Salleh, mesej ini telah disampaikan dengan jelas sekali apabila beliau berpesan agar setiap ahli yang hadir mestilah mengenali siapa yang berada di sebelah diri masing-masing.

Persiapan telah bermula sejak hari sebelumnya dengan aktiviti memasak barbeque yang dijalankan oleh beberapa orang ikhwah. Kerja-kerja memasak telah dijalankan sepanjang malam sehingga lebih kurang jam 3 pagi.

Sentuh Lutut LawanPara ahli ISMA yang hadir telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bersaing, di mana muslimin dan muslimat telah diasingkan. Permainan untuk ikhwah bermula dengan acara ‘Sentuh Lutut Lawan’ di mana dua pesaing akan masuk ke dalam gelanggang dan berusaha untuk menyentuh lutut lawan. Permainan ini menyaksikan pelbagai aksi, ada kalanya ala gusti, yang dilakukan oleh peserta dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kemenangan untuk pasukan masing-masing.

Antara lain yang menarik ialah permainan galah panjang yang juga telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para ahli ISMA. Bak kembali semula ke zaman persekolahan, para ahli ISMA tua dan muda berganding tenaga beraksi di gelanggang galah panjang.

Menjelang tengahari, para peserta telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah makan tengahari diikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan berkumpul di hari yang penuh bermakna ini.

Hari Keluarga ISMA DHL 2008

 

 

Read Full Post »

%d bloggers like this: