Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2009

Saudara Mohd Nor Azib Asmangi, NYDP ISMA DHL, menyampaikan duit raya

Saudara Mohd Noor Azib Asmangi, NYDP ISMA DHL, menyampaikan duit raya

Bandar Baru Bangi, 10 Oktober – ISMA Cawangan Hulu Langat (DHL) menganjurkan Haflah Aidilfitri pada tahun ini buat julung kalinya di pejabat baru di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Tetamu jemputan kali ini terdiri daripada wakil-wakil Persatuan Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi, Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina).  Di samping itu juga, para ahli beserta seisi keluarga masing-masing dan rakan taulan turut memeriahkan sambutan Aidilfitri ini yang dianjurkan secara sederhana.

(more…)

Read Full Post »

الْحَمْدِ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلا عُدْوَانَ ِإلا عَلَى الظَّالِمِيْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekalian,

Setelah 61 tahun berlalu, Palestin masih lagi menangis. Hari ini Palestin menyaksikan pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa gugur syahid di tangan tentera Zionis yang tidak menghargai nyawa orang lain. Anak-anak yatim Palestin dan para balu menangis kerana kematian bapa dan suami yang berjuang mempertahankan walau seinci bumi yang dimiliki daripada terus dijajah oleh Yahudi laknatullah.

Hari ini, rakyat Palestin menderita akibat sifat kebinatangan rakus yang ditunjukkan oleh negara Israel dan sekutu-kutunya. Hak umat Palestin dinafikan dan kebatilan ditegakkan dengan kekerasan.

(more…)

Read Full Post »

26 Ogos 2009 – Ustaz Muhammad Fauzi b Asmuni, Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), telah dijemput untuk menyampaikan pengisian ilmu di Surau Al-Hidayah, Multimedia University (MMU) Cyberjaya. Beliau telah membuat pembentangan tentang satu peristiwa peperangan yang cukup epik dalam sejarah yang berlaku pada 25 Ramadhan pada tahun 658H; iaitu Peperangan Ain Jalut.  (more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: