Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2009

Orang yang berpuasa memiliki 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka ia bergembira dengan berbukanya dan ketika bertemu Rabb-nya ia bergembira dengan puasanya (Riwayat Bukhari:1904)

Orang yang berpuasa mendapatkan dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan saat berjumpa Rabbnya

31 Ogos 2009, Fakulti Kejuruteraan UKM – Puasa bukanlah sekadar untuk merendahkan nafsu, malah untuk membebaskan diri kita dari kongkongan nafsu, seterusnya memerdekakan kita. Matlamat ibadah puasa adalah taqwa, dengan melakukan ibadah puasa dan memenuhi segala tuntutannya, ia sepatutnya mengangkat kita ke satu tahap yang lebih tinggi di sisi Allah swt. Demikian pesanan Ustaz Mohamad bin Ismail yang telah menyampaikan tazkirah di Surau Fakulti Kejuruteraan UKM sempena iftar yang dihadiri oleh ahli-ahli ISMA serta pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Lembah Klang.

(more…)

Read Full Post »

Anak-anak dan Al-Quran jangan dipisahkan

Anak-anak dan Al-Quran jangan dipisahkan

29-30 Ogos 2009 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) dengan kerjasama pihak Surau Al-Amin Seksyen 8 Bandar Baru Bangi telah berjaya menganjurkan program Remaja & Ramadhan (R&R) 1430H bertempat di surau berkenaan. Seramai 34 peserta berdaftar yang berumur antara 10 hingga 16 tahun telah menyertai program penghayatan Ramadhan tersebut.

Program telah dirasmikan oleh Dr Abdul Latif, Naib Pengerusi Surau Al-Amin. (more…)

Read Full Post »

Read Full Post »

Remaja Puteri Bergambar di AMPAC

Remaja Puteri Bergambar di AMPAC

28 Ogos 2009 / 7 Ramadhan 1430 – Kelab Remaja ISMA Cawangan Hulu Langat (KRIM DHL) Puteri dengan kerjasama Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC) telah berjaya menganjurkan satu program bersempena Ramadhan dan Hari Kemerdekaan ke-52 bertemakan ‘Remaja, Ramadhan dan Merdeka’ bertempat di ibu pejabat AMPAC. Program ini telah disertai 20 remaja puteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Objektif utama program ini adalah bukan sahaja untuk memberi pengisian spiritual tentang amalan-amalan dalam bulan ramadhan malah untuk memberi peluang kepada para peserta untuk merealisasikan yang dipelajari ke dalam bentuk amal perbuatan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Di samping itu, pengisian tentang kemerdekaan dari persektif Islam turut diberikan agar para peserta sedar akan nikmat kemerdekaan dan menggunakan nikmat ini dengan sebaik-baiknya untuk terus memperbaiki diri menjadi muslim yang semakin baik daripada hari ke hari. (more…)

Read Full Post »

Alhamdulillah setingi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah swt kerana mengizinkan kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada kali ini, insyaAllah. Berbahagialah mereka yang melalui Ramadhan dan mendapatkan rahmat, keampunan dan kebebasan dari Api Neraka-Nya.

Ya Allah, Ballighna Ramadhan!

Di antara amalan generasi salaf ialah mereka saling mengucapkan selamat dan bermaaf-maafan sesama saudaranya ketika memasuki Ramadhan.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili seluruh warga ahli jawatankuasa ISMA DHL dan ahli keluarga kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dan memohon kemaafan dari semua di atas sebarang kesalahan dan kelemahan kami selama ini.

Bersama-sama kita letakkan azam agar Ramadhan kali ini akan menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa. Aminn!

Mohd Noor Azib Asmangi
Naib Yang Dipertua ISMA DHL

Read Full Post »

Para peserta perkhemahan

Julai 24-26, Hulu Yam, Selangor – Para ahli ISMA DHL berkampung bersama ahli-ahli ISMA dari Gombak, Shah Alam dan Klang di The Woods Resort di sini dalam satu program perkhemahan tahunan untuk ahli-ahli yang berada dalam lingkungan zon tengah Malaysia.

Perkhemahan diisi dengan aktiviti fizikal, mental serta ruhi untuk menguji ketahanan dan kefahaman para ahli dalam dakwah yang dibawa oleh ISMA kepada masyarakat. Dengan kerjasama yang baik dari pihak Resort, aktiviti-aktiviti telah dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Para peserta berpeluang melakukan ‘jungle trekking’ sambil belajar ilmu-ilmu baru dalam hutan di bawah bimbingan guide bekas tentera yang terlatih yang disediakan oleh pihak Resort. Tahap fitness juga diuji dengan aktiviti sukan seperti lumba lari, gusti dan sebagainya. (more…)

Read Full Post »

Universiti tempat kita belajar adalah untuk melahirkan graduan-graduan supaya bila kita keluar nanti kita diterima bekerja. Selama 4 atau 5 tahun kita di universiti macam-macam yang kita belajar daripada guru-guru yg mahir dalam bidang masing-masing. Kita kena datang kelas, buat ‘assignment’, projek, ambil ujian, kuiz, buat ‘homework’ dan yang menakutkan ialah final exam. Semua kesusahan yang kita lalui adalah kerana kita mahu capai satu gulung ijazah. Ijazah melambangkan yang kita telah layak untuk menempuh alam pekerjaan tidak kira apa bidang yang kita ceburi; agama, kejuruteraan, akauntan, ICT dan lain-lain.
(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: