Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘i-Medik’ Category

21 November 2010, Bandar Baru Bangi – ISMA DHL dengan kerjasama I-Medik Selangor dan Surau Al-Islah, Taman Kajang Mewah telah menganjurkan program SUNATHON iaitu majlis berkhatan beramai-ramai. Program Sunathon ISMA ini adalah inisiatif dari Biro Wanita dan Keluarga ISMA DHL serta NAZIM (Nadi Asybal wa Zahrawat) DHL.

Objektif utama program ini adalah untuk mempraktikkan upacara berkhatan dan mengembalikan semula budaya dan adat Melayu yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. SUNATHON juga bertujuan untuk menyemarakkan hubungan kemasyarakatan dan semangat gotong royong di antara NGO dan masyarakat setempat. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan ISMA amnya dan I-Medik Selangor khasnya di kalangan masyarakat Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitar.

Seramai 12 peserta telah menyertai program yang julung kalinya diadakan ini. Mereka berumur di antara 4 hingga 12 tahun yang terdiri daripada anak-anak masyarakat Bandar Baru Bangi dan Kajang.

Majlis dimulakan dengan ucapan Saudara Mohd. Nor Azib Asmangi, NYDP ISMA DHL, diikuti dengan ucapan daripada Dr. Azizi Ayob sebagai wakil i-Medik Selangor dan ucapan daripada Ustaz Anuar Fakri sebagai Pengerusi Surau al-Islah. Peserta-peserta sunathon yang segak berbaju Melayu kemudiannya diarak masuk ke kawasan surau oleh bapa atau penjaga masing-masing dengan diiringi bunga manggar dan paluan kompang oleh pasukan kompang Taman Kajang Mewah. Peserta kemudiannya dijamu dengan makan beradap, sebelum mereka berbaris untuk acara kemuncak iaitu bersiram.

“ Seronoknya…kena dukung, dapat makan sedap, dapat hadiah…dapat main air. Rugilah kalau tak join Sunathon” ulas salah seorang peserta yang begitu teruja dengan program ini.

Peserta kemudiannya dibawa secara berperingkat mengikut giliran masing-masing ke klinik MAHA di Sungai Ramal Dalam untuk berkhatan. Prosedur berkhatan disempurnakan oleh Dr Mahadhir dan Dr Norzaidi dengan dibantu oleh ahli-ahli I-Medik terdiri daripada pelajar perubatan dan doktor pelatih.

“Saya tak takut pun …sebab ramai kawan-kawan yang berkhatan sama-sama.” jawap salah seorang peserta sebaik sahaja selesai dikhatankan apabila ditanya tentang perasaan beliau.

Alhamdulillah, program berakhir tanpa sebarang masalah sekitar jam 2 petang.

 

Read Full Post »

Read Full Post »

1. TEMPAT DAN MASA

Fasa pertama (bermula jam 8 pagi) –

Bertempat di surau al-Islah, Taman Kajang Mewah anak-anak yang terlibat dalam majlis ini akan diraikan dengan penuh adat istiadat kemelayuan seperti memakai baju Melayu, bersongkok dan bersampin disamping diiringi oleh paluan kompang, bunga manggar dan siraman air.

Fasa kedua (bermula jam 10 pagi) –

Bertempat di Klinik Maha, Sungai Ramal Dalam anak-anak akan dibawa dan di khatankan di dalam premis klinik lengkap menurut prosedur sterilisasi dan surgeri minor yang telah ditetapkan.

2. UMUR PESERTA

Digalakkan bagi mereka yang berumur 5 tahun ke atas. Tiada had umur maksimum 🙂

3. BAYARAN

Hanya RM 150.00 sahaja yang meliputi:

– kos berkhatan
– cenderahati istimewa bagi setiap peserta hasil sumbangan penaja
– jamuan istimewa di surau al Islah bagi peserta, ibubapa dan sanak saudara yang hadir.
– kemeriahan pengalaman berkhatan mengambil nilai-nilai keMelayuan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam dan mengeratkan ukhuwwah, yang pastinya menjadi peristiwa yang sukar dilupakan.

4. PENDAFTARAN DAN CARA PEMBAYARAN

Ibubapa yang berminat bolehlah mendaftarkan nama anak-anak mereka ke email dan no telefon tertera dibawah sebelum SABTU 6/11/2010.

EMAIL : kakpeah@gmail.com
NO TEL : 017 272 1612

Bagi memudahkan urusan, ibubapa diminta membayar deposit minimum RM 50 atau bayaran penuh RM 150 ke no akaun di bawah.

BANK: Maybank
NO AKAUN : 162 263 265 142
NAMA : Raba’iah Kamarul Baharin

Sila :
– SMS butiran transaksi ke email / no telefon di atas @
– kemukan resit ‘bank-in’ pada hari majlis berlangsung sebagai bukti pembayaran.

5. SUMBANGAN DI ALU-ALUKAN

Kepada ikhwah atau akhawat yang berminat untuk membuat sumbangan peribadi, bolehlah mendepositkan sumbangan wang ke dalam akaun yang sama di atas dan melaporkan butiran transaksi menerusi no hubungan/email yang sama.

Dr Rafidah Hanim Mokhtar
bagi pihak
ISMA DHL dan i-Medik Selangor

Read Full Post »

Iftar Medic Muslim

Read Full Post »

%d bloggers like this: