Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Gaza’

Bumi Palestin, Apakah Nasibmu?

CERAMAH  PALESTIN

Anjuran:

ISMA DHL dan Aman Palestin
dengan Kerjasama  Surau  Jubli Perak, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

Penceramah:

Ustaz  Abd. Hakam Jaafar

Tarikh:

20 Januari 2011 (Khamis)

Tempat :

Surau  Jubli Perak, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

Masa:

Selepas Solat Maghrib

Tajuk:

“Bumi Palestin, Apakah Nasibmu”


JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI !

SAMA-SAMA MEMAHAMI DAN MENYAMPAIKAN KEFAHAMAN ISU PALESTIN.

Read Full Post »

Kita yakin bahawa apa yang dijanjikan oleh Allah swt akan berlaku. Yahudi tidak berkumpul di Palestin, selain untuk mati di situ.”

6 Jun 2010, Bandar Baru Bangi – Sejurus selepas menyertai rapat umum di kedutaan Turki, ahli-ahli ISMA DHL terus berkobar-kobar menyertai Perhimpuan Kemanusiaan Gaza anjuran Pejabat ADUN Bangi bagi menyatakan tentangan terhadap kezaliman Zionis ke atas rakyat Islam Palestin pada keesokan harinya.

Read Full Post »

Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL, bergambar bersama saudara-saudara Palestin yang diraikan

Kuala Lumpur, 23 Mei 2010 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Hulu Langat telah turut serta dalam menjayakan Majlis Makan Malam Amal Bantuan Perubatan Mangsa Perang Gaza Palestin anjuran Aman Palestin Berhad.

Majlis makan malam amal ini yang bertempat di Perdana Ballroom, Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh sekitar 1,000 orang tetamu yang memenuhi 100 meja melalui tiket-tiket yang dibeli. Para tetamu terdiri daripada dermawan-dermawan individu, wakil-wakil badan korporat dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO). (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kelab Golf Bangi, 13 Mac – Sempena meraikan kejayaan bersama menganjurkan Kempen Selamatkan Gaza yang lepas di Bandar Baru Bangi, pihak Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB) telah menganjurkan satu majlis makan malam bagi menghargai sumbangan NGO yang terlibat.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi akan mengadakan program pelancaran “KEMPEN BANTULAH GAZA” bermula dari 24 Januari hingga 7 Februari.

Program ini dianjurkan bagi memberikan sokongan moral dan rasa tanggungjawab kita bersama sebagai muslim yang bersaudara yang cintakan keamanan serta bencikan kezaliman. Bumi Palestin diancam peperangan yang meragut nyawa umat Islam yang tidak berdosa akibat kekejaman zionis Israel.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

DOHA- Ulama Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dari Maghribi hinggalah ke Indonesia untuk mempertahankan semenanjung Gaza dan melindungi tanah-tanah Islam dari pihak musuh.

“Memberi sokongan dan perlindungan kepada rakyat Palestin adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu Muslim mengikut keupayaan masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang terkecuali dari tanggungjawab ini”, tegas Qardawi dalam ucapannya sebelum demonstrasi besar-besaran menyokong Gaza diadakan di Doha.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Bangi, 31 Disember 2008 – Serangan terbaru tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza merupakan serangan paling buruk pernah dilancarkan dalam konflik Palestin-Israel sejak tahun 1967. Akibat serangan yang bertalu-talu ini, sehingga hari ketiga, Israel telah membunuh seramai 364 orang rakyat Palestin dan mencederakan lebih daripada 1650 orang lagi. Sekiranya serangan ini berterusan, sudah pasti angka-angka ini akan meningkat secara mendadak.

Justeru ISMA menyeru rakyat Malaysia agar bersatu hati dengan penduduk Gaza yang sedang mengharungi detik-detik sengsara. ISMA berharap masyarakat Malaysia, terutamanya Muslim, akan lebih peka terhadap saudara-saudara seIslam di Palestin yang berusaha siang malam mempertahankan Masjid Al-Aqsa. ISMA juga berharap agar rakyat Malaysia bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan, terutama bantuan kewangan melalui NGO atau badan-badan yang dapat menyalurkan sumbangan tersebut terus kepada rakyat Palestin.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: