Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Wanita’ Category

21 November 2010, Bandar Baru Bangi – ISMA DHL dengan kerjasama I-Medik Selangor dan Surau Al-Islah, Taman Kajang Mewah telah menganjurkan program SUNATHON iaitu majlis berkhatan beramai-ramai. Program Sunathon ISMA ini adalah inisiatif dari Biro Wanita dan Keluarga ISMA DHL serta NAZIM (Nadi Asybal wa Zahrawat) DHL.

Objektif utama program ini adalah untuk mempraktikkan upacara berkhatan dan mengembalikan semula budaya dan adat Melayu yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. SUNATHON juga bertujuan untuk menyemarakkan hubungan kemasyarakatan dan semangat gotong royong di antara NGO dan masyarakat setempat. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan ISMA amnya dan I-Medik Selangor khasnya di kalangan masyarakat Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitar.

Seramai 12 peserta telah menyertai program yang julung kalinya diadakan ini. Mereka berumur di antara 4 hingga 12 tahun yang terdiri daripada anak-anak masyarakat Bandar Baru Bangi dan Kajang.

Majlis dimulakan dengan ucapan Saudara Mohd. Nor Azib Asmangi, NYDP ISMA DHL, diikuti dengan ucapan daripada Dr. Azizi Ayob sebagai wakil i-Medik Selangor dan ucapan daripada Ustaz Anuar Fakri sebagai Pengerusi Surau al-Islah. Peserta-peserta sunathon yang segak berbaju Melayu kemudiannya diarak masuk ke kawasan surau oleh bapa atau penjaga masing-masing dengan diiringi bunga manggar dan paluan kompang oleh pasukan kompang Taman Kajang Mewah. Peserta kemudiannya dijamu dengan makan beradap, sebelum mereka berbaris untuk acara kemuncak iaitu bersiram.

“ Seronoknya…kena dukung, dapat makan sedap, dapat hadiah…dapat main air. Rugilah kalau tak join Sunathon” ulas salah seorang peserta yang begitu teruja dengan program ini.

Peserta kemudiannya dibawa secara berperingkat mengikut giliran masing-masing ke klinik MAHA di Sungai Ramal Dalam untuk berkhatan. Prosedur berkhatan disempurnakan oleh Dr Mahadhir dan Dr Norzaidi dengan dibantu oleh ahli-ahli I-Medik terdiri daripada pelajar perubatan dan doktor pelatih.

“Saya tak takut pun …sebab ramai kawan-kawan yang berkhatan sama-sama.” jawap salah seorang peserta sebaik sahaja selesai dikhatankan apabila ditanya tentang perasaan beliau.

Alhamdulillah, program berakhir tanpa sebarang masalah sekitar jam 2 petang.

 

Read Full Post »

http://konwanis.ismaweb.net

Read Full Post »

Bandar Baru Bangi, 16 Mei 2010 – Biro Wanita ISMA Cawangan Hulu Langat telah menganjurkan satu program pengurusan masa yang disampaikan oleh Cik Aisyah Arshad iaitu seorang professional dari Majlis Agama Islam Singapura. Seramai 20 orang peserta telah menjayakan program ini yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 1.30 tengahari.

Pengisian ini telah mengupas intipati sebuah buku berjudul “The 4-Hour Work Week” yang dikarang oleh Timothy Ferriss. Objektif program ini sangat jelas iaitu membantu golongan wanita untuk menguruskan masa dengan lebih efisyen dan dapat membuat perancangan hidup yang lebih sistematik dalam mengurus tugas-tugas harian.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” [Al-‘Asr: 1-3]

(selanjutnya…)

Read Full Post »

6 Mac 2010, Bandar Baru Bangi – “Foto yang cantik tidak semestinya dari kamera yang mahal”. Kata-kata tersebut merupakan pembuka bicara Saudara Ikram Badarudin sebagai ‘trainer’ dalam Kursus Asas Fotografi anjuran Biro Wanita ISMA DHL. Bertempat di Pejabat ISMA DHL, kursus ini  telah menarik minat seramai 27 peserta yang terdiri ahli ISMA DHL dan kawasan sekitar yang mana majoriti peserta adalah dari KRIM dan PEMBINA.

Seiring dengan perkembangan produktif dalam ISMA sendiri, ISMA banyak menganjurkan program-program yang memerlukan publisiti meluas. Selain poster, banner dan pamplete, ahli ISMA juga perlu tampil dengan bahan-bahan media yang menarik dan kreatif. Justeru, fotografi adalah satu kemahiran yang penting untuk meningkatkan keberkesanan medium-medium penyebaran yang penting ini. Selain itu, dengan fotografi juga, dakwah dapat disebarkan dengan lebih cepat dan berkesan kerana adakalanya gambar-gambar lebih efektif dalam menyampaikan mesej tertentu berbanding medium lain. Kursus selama dua jam ini dirancang dengan objektif untuk melahirkan ahli ISMA yang menguasai teknik asas fotografi bagi menghasilkan foto-foto yang berkualiti bagi tujuan tersebut. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kepong, 20 Mac 2010 – Bersempena cuti sekolah, KRIM DHL menganjurkan rehlah KRIM puteri di Forest Research Institute of Malaysia(FRIM), Kepong hari ini. Seramai 17 orang peserta telah mengikuti rehlah ini dan berjaya melalui Titian Kanopi (Canopy Walkway)  yang merupakan antara tarikan utama di FRIM.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”… (Ali Imran, 190)

Selain bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli dan mencintai alam sekitar, rehlah ini juga diadakan untuk memastikan ahli KRIM puteri sentiasa melakukan riadhah untuk membentuk tubuh badan yang cergas dan disukai oleh Allah.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Read Full Post »

Kata-kata Hikmah menyebut, “Ma min waraa Rajulin Azimin, illa wa ma’ahu imra’atun tasyuddu azrahu, Ummun kanat am Zaujah” (Tidak ada dibelakang seorang lelaki yang hebat, melainkan ada disana wanita yang memberi dokongan kepadanya, samada ibunya atau isterinya).

Suatu hari beberapa wanita Ansar ra. berbual sesama mereka. Mereka cemburu melihat suami-suami mereka mendapat fadhilat berperang di jalan Allah sedang mereka hanya tinggal di rumah, mengurus hal ehwal keluarga dan Dakwah dalam negara. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadu kesedihan ini kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw mengatakan , “Kamu dapat apa yang suami-suami kamu dapat“. Ya, para isteri mendapat ganjaran Jihad fi Sabilillah yang diperolehi suami-suami mereka. Bahkan mereka mendapat ganjaran Syahid, jika suami-suami mereka mendapat Syahid, walaupun mereka masih hidup dan tidak berpeluang ke medan Jihad.

Dipetik dari: Blog Ustaz Abdul Halim Abdullah

Read Full Post »

Read Full Post »

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa.

Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah)
(selanjutnya…)

Read Full Post »

Para peserta bergambar bersama selepas penat bermain

Para peserta bergambar bersama selepas penat bermain

Ahad, 28 Disember 2008 – Sebagai menyambut kepulangan penuntut-penuntut universiti di Australia dan New Zealand yang pulang bercuti ke Malaysia sempena cuti musim panas, Wanita ISMA Daerah Hulu Langat telah menganjurkan Program Ramah Mesra. Program yang agak unik ini memaparkan konsep yang sedikit berbeza, iaitu dengan mengadakan pertandingan bola jaring. Seramai 25 orang peserta telah memeriahkan acara tersebut.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: