Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2007

Bandar Baru Bangi, 30 Dis 2007 – Setelah rasminya penubuhan ISMA Cawangan Hulu Langat (atau lebih dikenali dengan ISMA DHL) melalui pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia baru-baru ini, ISMA DHL telah mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama pada 21 Zulhijjah 1428 (30 Disember 2007), bertempat di pejabat ISMA Pusat.

Untuk makluman, sejak ditubuhkan, ISMA telah beroperasi secara berpusat tanpa cawangan. Namun, dalam mesyuarat agung ISMA pada awal tahun 2006, Presiden ISMA telah mengumumkan bahawa permohonan ISMA untuk menubuhkan cawangan di seluruh negara telah diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ini merupakan satu kejayaan dan kemajuan dalam konteks perkembangan ISMA.

Ucapan Yang Dipertua, Ustaz Annuar SallehDi antara perkara penting yang dibincangkan adalah perlantikan jawatan-jawatan yang berkenaan dan juga hala tuju ISMA DHL pada tahun-tahun akan datang. Seramai 6 orang AJK tertinggi telah dilantik yang terdiri daripada:-

  • Yang Dipertua – Ustaz Annuar bin Salleh
  • Timbalan Yang Dipertua – Ustaz Mohamad bin Ismail
  • Setiausaha – Saudara Mohd Noor Azib bin Asmangi
  • Bendahari – Saudara Majid bin Jantan
  • Ketua Belia – Dr. Kamsani bin Samingan
  • Ketua Wanita – Puan Rabai’ah
Advertisements

Read Full Post »

Gombak, 8-10 Dis. – Kem Remaja ISMA (KERIS) 2007 yang telah diadakan di Kem Rebutia , Gombak telah menarik minat seramai 132 orang peserta remaja di sekitar Hulu langat, Petaling Jaya, Gombak, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.
Program perkhemahan yang bertemakan “Remaja Aset Negara Di Hari Muka” ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam, sambil mendedahkan para peserta remaja kepada aspek-aspek pemantapan jatidiri seperti disiplin, kerjasama berpasukan, iltizam dan motivasi remaja.

Program ini telah dirasmikan oleh saudara Mohd Noor Azib Asmangi selaku pengarah KRIM Pusat.

[Aktiviti-aktiviti fizikal menjana jati diri]

Para perserta telah dibahagikan kepada beberapa kem-kem kecil dan diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan. Setiap kem-kem kecil mempunyai ketua kem (kapten) yang dilantik di kalangan pasukan remaja sendiri. Ini secara tidak langsung melatih remaja-remaja terbabit akan aspek kepimpinan dan memberi arahan kepada platun-platun kecil dibawahnya sambil diselia oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator.

Kem komandan bagi putera dan puteri juga telah dilantik untuk mengawal keseluruhan kem-kem.

Aktiviti-aktiviti ‘obstacle games’, kawad dan aktiviti-aktiviti luar yang lain seperti ‘jungle trekking’ dan ‘war games’ (bagi putera) telah disusun agar dapat mendedahkan para remaja daripada segi aspek kekuatan fizikal, mental dan disiplin yang tinggi.

[Pengisian ruhiyah ke arah melahirkan muslim soheh]

KERIS 2007 juga menekankan aspek ilmu dan motivasi melalui slot-slot ceramah, tazkirah dan motivasi bagi memberi input kepada remaja agar lebih menjadi remaja yang bersemangat dan berwawasan.

Tenaga penting bagi menjalankan program ini terdiri daripada para urusetia dan ajk yang tidak mengenal erti penat dan lelah. Daripada urusetia memasak (Aziz, Hafiz, Farid, Soleh & Hakim) urusetia program ( Fizhi – Kem Komandan Putera, Aizat, Ihsan, Khairudin, Idris, Firdaus & Yudi) urusetia puteri dan ramai lagi yang turun membantu. Semoga ALLAH SWT membalas sumbangan wang dan masa yang telah mereka korbankan dan semoga program ini diberkati ALLAH SWT.

Majlis penutup program KERIS 2007, KERIS Zon Tengah, telah disempurnakan oleh saudara Mohd Noor Azib Asmangi.

[Zikrullah melembutkan hati dan lidah mengingat Allah]

 

Read Full Post »

%d bloggers like this: