Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2008

Siri Kuliah Maghrib: Tafaquh Fi-Ddin, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Hulu Langat oleh Ustaz Mohamad Ismail, Pengerusi Biro Belia ISMA, di Surau Al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.


Read Full Post »

Kitab tulisan Ibn Qayyim al-Jauzi (anak murid Syeikhul Islam Ibn Taimiyah) oleh Ustaz Mohamad Ismail Pengerusi Biro Belia Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).


Read Full Post »

Siri Kuliah Tafaquh Fi-Ddin Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Hulu Langat oleh Ustaz Anwar Fakhri Omar, UKM. Setiap, Selasa, Minggu ke-3, Selepas Solat Maghrib Surau Al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.


Read Full Post »

Tulisan Ibn Qayyim al-Jauzi (anak murid Syeikhul Islam Ibn Taimiyah) oleh Ustaz Mohamad Ismail Pengerusi Biro Belia Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).


Read Full Post »

Read Full Post »

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Bahagian 3:

Bahagian 4:

Bahagian 5:

Read Full Post »

Kuliah Tafaquh Fi-ddin yang pertama dari siri-siri kuliah yang akan dianjurkan oleh ISMA DHL telah berlangsung di Surau Al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Video: Kupasan Usul Fiqh dari kitab Warqaat
Oleh: Ustaz Anwar Fakhri
Tempat: Surau Al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi
Tarikh: Mei 2008

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Bahagian 3:

Bahagian 4:

Datanglah beramai-ramai ke kuliah minggu hadapan!!!

Read Full Post »

Al-Quran mendedahkan hakikat keadaan jiwa mereka (Yahudi) akibat dari ketakutan mereka kepada orang-orang Mukmin yang lebih besar daripada ketakutan mereka kepada Allah…

Mereka tidak akan memerangi kamu dengan bersatupadu melainkan di kampung-kampung yang berkubu kuat atau di sebalik tembok-tembok. Perseteruan di antara sesama mereka begitu hebat. Kamu fikir mereka bersatupadau, tetapi hati mereka berpecahbelah. Sebabnya kerana mereka adalah golongan manusia yang tidak berfikir. – Al-Hasyr:14

Tembok YahudiHari-hari yang silih berganti masih terus mendedahkan kebenaran hakikat yang telah didedahkan al-Quran tentang golongan Munafiqin dan golongan ahli kitab itu apabila mereka bertembung dengan pejuang-pejuang Mukmin pada bila-bila waktu dan di mana-mana tempat. Pertempuran-pertempuran yang berlaku di tanah suci di antara pejuang-pejuang Mukmin yang berani mati dan tentera-tentera Yahudi membuktikan kebenaran hakikat ini. Orang-orang Yahudi di sana tidak berperang melawan pejuang-pejuang Mukmin melainkan di daerah-daerah yang berbenteng kukuh di Palestin, dan apabila kedudukan mereka terdedah, mereka lari bertempiaran seperti tikus sehingga ayat-ayat ini seolah-olah diturunkan pada mulanya kerana mereka. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Pakar.

Tembok YahudiSifat-sifat jiwa mereka yang lain ialah “Perseteruan di antara sesama mereka begitu hebat, kamu fikir mereka bersatupadu, tetapi hati mereka berpecah-belah.” Sifat ini berlainan dari sifat orang-orang Mukmin, seluruh generasi mereka bersatupadu. Mereka diikat dan dicantumkan oleh tali hubungan keimanan yang menjangkau batas-batas zaman, tempat, bangsa, negara dan keluarga. Perpecahan dan perseteruan itu berlaku “kerana mereka adalah golongan manusia yang tidak berfikir.

Pemandangan-pemandangan dari luar kadang-kadang mengelirukan. Kita nampak orang-orang kafir dari golongan ahli kitab itu bersatupadu sesama mereka. Kita nampak semangat perkauman mereka begitu teguh di antara sesama mereka, begitu juga kita nampak golongan Munafiqin bersatupadu dalam satu khemah, tetapi berita yang sebenar dari langit memberitahu kita bahawa keadaan mereka yang sebenarnya bukan begitu.

Apa yang kita nampak itu hanya pemandangan dari luar yang mengaburi mata sahaja.

Dari satu masa ke satu masa tabir yang mengelirukan itu tersingkap dan kelihatanlah di belakangnya kebenaran berita langit yang dapat dilihat di alam kenyataan, dan terdedahlah keadaan mereka yang sebenar yang berpecah belah di dalam satu khemah itu. Mereka berpecah dan berseteru kerana perbezaan kepentingan, perbezaan kehendak dan kemahuan dan kerana pertentangan tujuan. Bila sahaja orang-orang Mukmin berdiri teguh dan benar-benar bersatu kerana Allah, maka khemah orang-orang kafir di hadapan mereka akan tersingkap memperlihatkan perselisihan-perselisihan dan perpecahan-perpecahan di antara mereka. Bila sahaja orang-orang Mukmin bersabar dan bersatu kukuh, mereka akan melihat perpaduan di antara orang-orang yang memperjuangkan kebatilan itu pecah dan roboh dan tembelang perpecahan dan perseteruan di antara sesama mereka itu akan terbuka.

IntifadhaBarisan golongan Munafiqin dan orang-orang kafir dari golongan ahli kitab hanya dapat mengalahkan barisan orang-orang Mukmin apabila mereka berpecah belah dan tidak lagi menggambarkan hakikat orang-orang Mukmin yang digambarkan oleh bahagian ayat-ayat yang silam dari surah ini. Andainya barisan orang-orang Mukmin tidak berada di dalam keadaan berpecah belah, maka barisan orang Munafiqin tetap lemah, kerana sifat mereka dan sifat orang-orang kafir dari golongan ahli kitab memang tidak bersatupadu kerana perbezaan kehendak dan kemahuan, perbezaan kepentingan dan hati “Perseteruan di antara sesama mereka begitu hebat, kamu fikir mereka bersatupadu, tetapi hati mereka berpecahbelah.

Al-Quran menanamkan hakikat ini dalam hati orang-orang Mukmin untuk memperkecilkan kedudukan musuh-musuh mereka dan untuk menghapuskan kehebatan mereka. Ia merupakan saranan yang didasarkan di atas hakikat yang benar. Ia merupakan penggemblengan semangat yang berasaskan realiti yang benar dan kukuh. Apabila orang-orang Islam berpegang teguh dengan kitab suci mereka al-Quran, maka kedudukan musuh mereka dan musuh Allah akan dirasa kecil dan kerdil di sisi mereka, dan seluruh hati mereka akan bersatupadu dalam satu barisan, dan ketika itu tiada kekuatan dalam hidup ini yang dapat menentang mereka.

Saff MuslimSeluruh orang yang beriman kepada Allah harus memahami hakikat kekuatan diri mereka dan kekuatan musuh mereka, kerana ini merupakan separuh perjuangan. Al-Quran telah menjelaskan hakikat ini dalam bentuk mengisahkan sebuah peristiwa yang telah berlaku. Al-Quran menjelaskannya dengan terperinci yang dapat memberi faedah kepada orang-orang yang menyaksikan peristiwa itu dan dapat dimenungi oleh orang-orang yang datang selepas mereka yang mahu mengetahui hakikat dari Allah Yang Maha Mengetahui segala hakikat.

Peristiwa Bani an-Nadhir ini bukanlah peristiwa pertama yang seumpamanya, malah ia telah didahului oleh peristiwa Bani Qaynuqa’ yang diisyaratkan oleh ayat berikut: “(Mereka) adalah seperti nasib orang-orang Yahudi (Bani Qaynuqa’) yang tidak lama sebelum mereka yang telah merasa akibat buruk dari perbuatan mereka. Dan untuk mereka disediakan azab yang amat pedih.” – Al-Hasyr: 15

..dan demikian jugalah sifat bangsa Yahudi sepanjang zaman..

Rujukan & sumber: Fi Zilalil Quran

Read Full Post »

Pada tahun 2006, KRIM DHL telah mengadakan perkhemahan di Gunung Nuang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh peserta remaja dari sekitar Kajang dan Bangi.

Selain menggambarkan aktiviti perkhemahan tersebut, klip video berikut juga mengandungi tazkirah di akhir perkhemahan yang disampaikan oleh Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL.

Read Full Post »

Oleh: Ustaz Mohamad bin Ismail

Read Full Post »

%d bloggers like this: