Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2009

Dengan segala hormatnya, kami ingin mejemput tuan/puan menghantar peserta dari sekolah/kelab tuan/puan ke program ini.

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, program tahunan IEP ini dijalankan dengan objektif :

1. Memberi kesedaran kepada kepentingan dan keperluan melahirkan usahawan Islam pada masa kini dan akan datang
2. Memupuk minat menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya.
3. Memberi kesedaran bahawa Islam sangat menggalakkan keusahawanan.

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan daripada pihak Tuan/Puan dapat membantu dalam menyampaikan tujuan kami demi menyahut seruan peri pentingnya melahirkan usahawan berjaya dikalangan generasi masa kini.  Oleh kerana terdapat kekangan dalam menjalankan program ini pada masa yang ditetapkan sebelum ini, kami dari pihak penganjur program ini ingin memohon jutaan kemaafan.

Bersama ini kami sertakan maklumat program yang terkini sebagai rujukan Tuan/Puan.

Tarikh  : 22 Mac 2009 (Ahad)

Masa   : 8.30 pagi– 6.30 petang

Tempat  : Az-Zahrah Multi Intelligent Academy (AMPAC)
No 10A, Medan Pusat Bandar 1,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Berikut juga disertakan tentatif program ini ;

8.30 -9.00  : Pendaftaran dan minum pagi.
9.00-9.15    : UcapanPerasmian oleh Pengarah Program
9.15-9.45     : Ice Breaking
9.45-12.15  :Slot 1 :  “ Mencari Sinar”
12.15-1.30  : Slot 2: “Kembara Minda”
1.30-2.30    : Slot 3: Muhasabah Diri
2.30-3.30    : Slot 4: “Percambahan Minda”
3.30-4.30   : Slot 5: “ Young Apprentice”
4.30-5.30   : Majlis Penutup
5.30-6.00  : Sesi Bergambar

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami ditalian 03- 8920 4100.

Maklumat lanjut sila layari laman  iep2u.com

Advertisements

Read Full Post »

Ustaz Mukram berkongsi hadith-hadith tentang nikmat syurga

Ustaz Mukram berkongsi hadith-hadith tentang nikmat syurga

Ahad, 1 Mac 2009, Surau Al-Amirin, Seksyen 4, B.B.Bangi – Selepas qiyam pada malamnya, para ahli ISMA DHL bersama jemaah surau telah disajikan dengan kuliyah subuh oleh Ustaz Mukram Mohd Taib. Antara lain beliau mengingatkan tentang nikmat syurga melalui penyampaian hadith-hadith soheh yang menjelaskan tentang betapa besarnya nikmat syurga. Untuk hamba-hamba Allah yang beriman, bagi mereka nikmat-nikmat yang tidak pernah dibayangkan oleh akal fikiran, tidak pernah dilihat oleh mata, bunyi-bunyian yang tidak pernah didengar oleh telinga, rasa makanan yang tidak pernah dirasa oleh lidah.. dan sebagainya. Hatta ganjaran syurga yang paling rendah pun adalah amat besar sekali, dengan nikmat istana yang besar bersama 10,000 pelayan. Begitulah nikmat Allah swt bagi hambanya yang soleh, yang berjihad, yang bangun di tengah malam.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Bandar Tasik Kesuma, 21 Februari 2009 – Alhamdulillah, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Daerah Hulu Langat (KRIM DHL) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad dan Surau Al-Kauthar, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih telah berjaya menganjurkan Program Palestin dan Qiyamullaiul Remaja di surau tersebut pada Sabtu, 21 Februari 2009.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Bandar Baru Bangi, 15 Februari 2009 – Alhamdulillah, KRIM DHL dengan kerjasama Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi telah menganjurkan Program Qiyamullaiul di surau tersebut pada Sabtu, 14 Februari 2009.  Program berbentuk kerohanian ini yang julung kali diadakan bagi golongan remaja di sekitar surau tersebut adalah merupakan siri kedua jelajah KRIM DHL di surau-surau di sekitar Daerah Hulu Langat dalam tempoh setahun.

Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: