Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Am’ Category

Bumi Palestin, Apakah Nasibmu?

CERAMAH  PALESTIN

Anjuran:

ISMA DHL dan Aman Palestin
dengan Kerjasama  Surau  Jubli Perak, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

Penceramah:

Ustaz  Abd. Hakam Jaafar

Tarikh:

20 Januari 2011 (Khamis)

Tempat :

Surau  Jubli Perak, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

Masa:

Selepas Solat Maghrib

Tajuk:

“Bumi Palestin, Apakah Nasibmu”


JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI !

SAMA-SAMA MEMAHAMI DAN MENYAMPAIKAN KEFAHAMAN ISU PALESTIN.

Advertisements

Read Full Post »

Realiti masyarakat Melayu hari ini menggambarkan seolah-olah bangsa Melayu telah hilang hakikat jatidiri mereka. Semua nilai negatif telah dilonggokkan pada imej mereka. Lebih malang lagi, senario politik semasa telah mengakibatkan perjuangan mereka ditentukan oleh agenda bangsa minoriti yang telah menjadi golongan pendesak. Adalah dipercayai, ini merupakan kesan langsung dari penjajahan jangka panjang yang bermula sejak tahun 1511 lagi.

Penjajahan fizikal dan minda telah mengakibatkan mereka hilang jatidiri dan agenda perjuangan. Apa yang dapat kita dilihat pada hari ini adalah simptomnya yang zahir dalam masyarakat. Antara senjata utama penjajah adalah humanisme dan globalisasi yang telah memaksa bangsa ini menerima piawaian barat sebagai ukuran keadilan, kejayaan dan ketamadunan.

Justeru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu Konvensyen yang bertajuk “Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka” sempena memperingati kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka 1511.

Ia bagi menyedarkan masyarakat Melayu Islam sejarah kegemilangan yang pernah dicapai oleh bangsa mereka yang didirikan dengan berpaksi kepada keutuhan jatidiri dan iltizam tinggi terhadap pelaksanaan syariat Islam.

Layari laman web rasmi Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM) 1511 untuk maklumat lanjut dan mendaftar sebagai peserta.

Read Full Post »

Read Full Post »

Perutusan Eidul Adha 1431H

Assalamualaikim wbt,

Saya mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha kepada semua ahli dan juga seluruh muslimin dan muslimat khususnya warga penduduk di sekitar daerah Hulu Langat. Sempena hari kebesaran ini mari kita bersama menghayati hakikat korban yang telah disyariatkan kepada umat islam. Sesungguhnya kegemilangan umat islam yang silam telah menyaksikan bahawa jihad dan pengorbanan adalah asas kepada kejayaan. Hari ini umat islam perlu berusaha untuk mengembalikan kegemilangan. Justeru ia pasti menuntut pengorbanan samada harta, masa mahupun keinginan2 duniawi yang merosakkan. Semoga hari raya korban kali ini menjadikan kita ummat yang berjihad dan berkorban.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahilhamd..

MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

Mohd Noor Azib Asmangi

Naib YDP ISMA DHL

Read Full Post »

Assalamualaikum w.b.t,

Saya mewakili ahli-ahli ISMA DHL mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir Batin, Kullu ‘Am wa antum Bikhair kepada semua muslimin dan muslimat khususnya yang tinggal di daerah Hulu Langat dan Sepang.

Hari raya bagi kita adalah merupakan hari meraikan kemenangan melawan hawa nafsu setelah sebulan menjalani ibadah di bulan Ramadan. Justeru marilah kita menyambutnya dengan penuh syukur dan keinsafan. Apa yang kita harapkan ialah agar kita benar-benar menjadi umat Islam yang bertaqwa dan memiliki cita-cita yang besar untuk agama ini.

Sebagaimana lazimnya umat Islam menyambut Syawal dengan menghidupkan amalan mulia seperti bermaaf-maafan, ziarah-menziarahi dan tidak lupa juga bersedekah kepada fakir miskin dan memberi hadiah kepada anak-anak kecil. Semuanya ini menghidupkan roh kasih sayang sesama umat Islam dan menguatkan hubungan persaudaraan.

Kita mengharapkan agar amalan murni ini akan berkekalan dan mengikis terus perselisihan dan perbalahan sesama umat Islam yang merosakkan kekuatan ummah. Kita mahukan agar semangat Eidul Fitri yang lahir dari ketaqwaan madrasah Ramadan akan menjadikan kita satu bangsa yang kuat yang mampu mentadbir tanah air ini dengan syariat Islam. Cukuplah sudah episod-episod hitam persengketaan sesama saudara dan bangsa dan kita gantikannya dengan harapan yang baru. Kita bina kedaulatan Islam di negara ini dengan membentuk kesepakatan di atas kepentingan yang sama.

Akhirnya, kita terus berusaha untuk merealisasikan cita-cita ini dan berdoa agar Allah swt memberikan taufiq kepada seluruh umat islam khususnya di Malaysia agar kita mampu menjadi khairah ummah.

Sekali lagi, saya mewakili warga Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kullu ‘Am wa antum Bikhair.

Wassalamualaikum w.b.t,

Mohd Noor Azib Asmangi
NYDP ISMA DHL

Read Full Post »

ISMA Berbuka Puasa Dengan NGO-NGO Islam

BANDAR BARU BANGI – Sebuah majlis berbuka puasa bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada 23 Ogos 2010 di Hotel Residence sempena Ramadhan, sekaligus membuka peluang untuk duduk berbincang tentang perkara-perkara yang boleh dikongsi bersama.

Dalam majlis tersebut, Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA, telah memperkenalkan para ahli jawatankuasa ISMA kepada para hadirin serta menyatakan hasrat dan kesediaan untuk bekerjasama dalam menjalankan program-program yang boleh membawa manfaat bersama dalam usaha ISMA untuk merapatkan kerjasama dengan NGO-NGO lain.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: