Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2009

Kita bersyukur kepada Allah kerana sudah berjaya meyempurnakan Ibadah puasa di bulan Ramadan, berjaya menghidup malam-malamnya dengan solat tarawikh, qiamullail, dan beri’tikaf sebagai persediaan hidup kita di alam barzakh dan alam akhirat.

Allah memfardukan amal-amal ibadah secara khsusus kepada kita sebagai syiar untuk kita membuktikan keimanan dan ketaatan kita kepada Allah dan juga bertujuan supaya umat Islam dapat membersihkan jiwa mereka daripada dosa-dosa dan mengangkat mereka ke darjat seorang yang bertakwa.

Namun kejayaan kita mendapat Syurga Allah di hari akhirat dan terlepas daripada azab neraka hanyalah kurnian Allah dan RahamtNya juga . Walau banyak mana sekalipun amal ibadah kita; kita tidak akan mampu terlepas daripada azab Allah dan mendapat kurnia syurganya pada hari akhirat tanpa kurnian Rahmat dan keampunanNya .

(selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Read Full Post »

Ahli-ahli ISMA beriktikaf di Masjid UIA

Ahli-ahli ISMA beriktikaf di Masjid UIA

21-23 Ramadhan (11-13 September 2009) – Bermula lewat petang 21 Ramadhan, ahli-ahli ISMA DHL telah mula berkumpul di Masjid UIA untuk berkampung selama 3 hari 2 malam, beriktikaf di sana bersama dengan ahli-ahli yang lain dari sekitar Selangor. Dengan suasana di Masjid UIA yang ‘hidup’ pada malam-malam Ramadhan, lebih dari 100 ahli ISMA telah hadir.

Tazkirah Ustaz Abdulah Zaik, Presiden ISMA (selanjutnya…)

Read Full Post »

Seorang yang waras akalnya dan kesihatannya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pendapatan sebanyak mungkin bagi kehidupan sehariannya. Tanpa mengira penat lelah, kerja 24 jam sehari, melabur dalam pelbagai bentuk saham, semata-mata untuk merebut ganjaran yang maksima.

Begitu juga seorang yang waras imannya, sudah pastinya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk merebut ganjaran yaumul akhirat yang hanya dikurniakan untuk ummat Muhammad s.a.w. Ya!! Allah swt telah menganugerahkan malm al-qadr untuk ummat istimewa ini. Bertemasya bersama para malaikat di langit tinggi, bermunajat, berzikir, beristighfar dan mengharapkan belas dan rahmah penciptaNya. Pada malam itu hanya dia dengan RabNya merintih memadu kasih seorang hamba.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

17 Ramadhan – Saya dan beberapa aktivis ISMADHL menyusuri persisiran tasik dan pusat bandar Putrajaya dalam program Rehlah Masyi (berjalan kaki) atau Rehlah Badar. Tidak begitu jauh dan tak sempat nak keluar peluh, lebih kurang 5km pergi dan balik. Tapi Putrajaya memang indah, bangunan dan landskapnya memukau pelancong yang hadir.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: