Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2010

Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL, bergambar bersama saudara-saudara Palestin yang diraikan

Kuala Lumpur, 23 Mei 2010 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Hulu Langat telah turut serta dalam menjayakan Majlis Makan Malam Amal Bantuan Perubatan Mangsa Perang Gaza Palestin anjuran Aman Palestin Berhad.

Majlis makan malam amal ini yang bertempat di Perdana Ballroom, Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh sekitar 1,000 orang tetamu yang memenuhi 100 meja melalui tiket-tiket yang dibeli. Para tetamu terdiri daripada dermawan-dermawan individu, wakil-wakil badan korporat dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO). (selanjutnya…)

Read Full Post »

[Klik untuk melihat poster yang lebih besar]

Berminat dalam penulisan cerpen?

Ingin mengasah bakat yang terpendam dalam diri?

Mulakan langkah adik-adik dengan menyertai Pertandingan Menulis  Cerpen Islami anjuran KRIM dan Telaga Biru!!

AYUH JANGAN LEPASKAN PELUANG ADIK-ADIK UNTUK MENUNJUKKAN BAKAT PENULISAN ANDA DAN MEREBUT HADIAH YANG LUMAYAN!!!!

HANTARKAN PENYERTAAN SEBELUM
30 JUN 2010

Berminat dalam penulisan cerpen?

Ingin mengasah bakat yang terpendam dalam diri?

Mulakan langkah adik-adik dengan menyertai Pertandingan Menulis  Cerpen Islami anjuran KRIM dan Telaga Biru!!

AYUH JANGAN LEPASKAN PELUANG ADIK-ADIK UNTUK MENUNJUKKAN BAKAT PENULISAN ANDA DAN MEREBUT HADIAH YANG LUMAYAN!!!!

Maklumat terperinci seperti dalam poster di bawah. Klik pada poster untuk melihat versi yang lebih besar.

Read Full Post »

6 Mac 2010, Bandar Baru Bangi – “Foto yang cantik tidak semestinya dari kamera yang mahal”. Kata-kata tersebut merupakan pembuka bicara Saudara Ikram Badarudin sebagai ‘trainer’ dalam Kursus Asas Fotografi anjuran Biro Wanita ISMA DHL. Bertempat di Pejabat ISMA DHL, kursus ini  telah menarik minat seramai 27 peserta yang terdiri ahli ISMA DHL dan kawasan sekitar yang mana majoriti peserta adalah dari KRIM dan PEMBINA.

Seiring dengan perkembangan produktif dalam ISMA sendiri, ISMA banyak menganjurkan program-program yang memerlukan publisiti meluas. Selain poster, banner dan pamplete, ahli ISMA juga perlu tampil dengan bahan-bahan media yang menarik dan kreatif. Justeru, fotografi adalah satu kemahiran yang penting untuk meningkatkan keberkesanan medium-medium penyebaran yang penting ini. Selain itu, dengan fotografi juga, dakwah dapat disebarkan dengan lebih cepat dan berkesan kerana adakalanya gambar-gambar lebih efektif dalam menyampaikan mesej tertentu berbanding medium lain. Kursus selama dua jam ini dirancang dengan objektif untuk melahirkan ahli ISMA yang menguasai teknik asas fotografi bagi menghasilkan foto-foto yang berkualiti bagi tujuan tersebut. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Hubungi wakil Sekretariat Antarabangsa (SEKTAR) ISMA m.s.atiqi@gmail.com

Laman web SEKTAR ISMA : http://www.jalinanukhuwah.info

Read Full Post »

Kepong, 20 Mac 2010 – Bersempena cuti sekolah, KRIM DHL menganjurkan rehlah KRIM puteri di Forest Research Institute of Malaysia(FRIM), Kepong hari ini. Seramai 17 orang peserta telah mengikuti rehlah ini dan berjaya melalui Titian Kanopi (Canopy Walkway)  yang merupakan antara tarikan utama di FRIM.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”… (Ali Imran, 190)

Selain bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli dan mencintai alam sekitar, rehlah ini juga diadakan untuk memastikan ahli KRIM puteri sentiasa melakukan riadhah untuk membentuk tubuh badan yang cergas dan disukai oleh Allah.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: