Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2008

Riadah Mingguan

Maksud hadis Nabi (saw) “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi (Allah) dari mukmin yang lemah. Pada kedua-duanya ada kebaikan”. Hadis ini menggambarkan kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan, salah satu tanggungjawab yang perlu diambil berat oleh setiap muslim. Rasul saw menggalakkan para sahabat untuk menunggang kuda, berenang dan memanah. Dalam riwayat sirah, Rasulullah juga pernah mengalahkan seorang musyrik dalam pergelutan atau ‘gusti’. Rasulullah saw mengetuai pasukan-pasukan peperangan besar seperti Badar, Uhud, Khandak dan Fath Makkah dan lain-lain walaupun usia baginda ketika itu lewat 50an. Semuanya ini tidak mungkin dapat berlaku tanpu kekuatan jasadi yang ampuh. Kekuatan jasadi ini sudah semestinya hadir dengan latihan dan program-program membentuk kekuatan fizikal. Bahkan para sahabat dilatih dalam kem-kem ketenteraan yang khusus di zaman itu.

Bermula ahad ini ISMA DHL akan meneruskan aktiviti Riadah mingguannya bermula jam 8.00am di Padang UKM. Jemput hadir beramai-ramai bagi memastikan tubuh badan yang sihat dan kuat serta mempertautkan ukhuwwah. Jom kita beriadah.. riadhah

Advertisements

Read Full Post »

Majlis Sambutan Aidil Fitri

Dengan sukacitanya Ahli Jawatankuasa ISMA DHL menjemput semua ahli-ahli lama dan baru, rakan-rakan dan kenalan, beserta semua ahli keluarga hadir ke majlis Sambutan Aidil Fitri pada:

Tarikh: Ahad, 19 Oktober 2008
Masa: 11.00pg – 03.00ptg
Tempat: Dewan Serbaguna Sek 7, B.B.Bangi

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari AJK ISMA DHL:


Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan menyerikan dan memberkati lagi majlis ini. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi setiausaha 019-2310418. Terima kasih.

Read Full Post »

%d bloggers like this: