Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2007

Remaja dan Ramadhan II

Masjid Al-HasanahBandar Baru Bangi, 22-23 Sept – ISMA Hulu Langat telah menganjur satu program ihya’ Ramadhan bersama para remaja yang diberi nama Remaja dan Ramadhan II. Program ini yang merupakan siri kedua dari tahun lepas telah berjaya menarik seramai 30 orang peserta dan mendapat kerjasama penuh dari pihak Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi, selaku penyedia tempat dan kemudahan program.

Ucapan Setiausaha Masjid, Tn Hj Wan Abdul RashidProgram telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Abdul Rashid selaku setiausaha Masjid Hasanah, sambil menyatakan harapan supaya ISMA akan terus menganjurkan program di masjid tersebut agar masjid akan kembali semula menjadi pusat ilmu dan ibadah, bukan sekadar tempat solat. Beliau juga berharap lebih banyak lagi NGO yang akan turun padang mendidik remaja dan anak-anak sebagaimana yang dilakukan oleh ISMA kerana ini sangat perlu memandangkan akhlak remaja kini yang semakin hari semakin dibimbangi.

Penyampaian dimulakan oleh Dr. Yusof Abbas, penulis buku “Biomekanik Solat”, yang telah menerangkan bagaimana puasa dapat memberi kesan kepada kesihatan dan minda serta emosi. Puasa melatih disiplin, memupuk azam yang tinggi, kesungguhan dan daya juang dan motivasi dalam diri. Beliau juga telah berkongsi tip-tip untuk khusyuk dalam solat bersama adik-adik peserta program.

Dr. Yusof Abbas. penulis buku 'Biomekanik Solat' Para peserta

Pada malamnya, masa para peserta diisi dengan program hafazan Quran, tadarus serta qiyamullail.

Hari kedua bermula dengan slot Kisah Sahabat yg masyhur -Mus’ab bin Umair- yang disampaikan oleh Ustaz Muthalib selaku wakil dari World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Diikuti dengan kuiz Ramadhan dan peraduan hafazan surah Al-Kahfi.

Majlis penutup, penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh YDP ISMA Hulu Langat, Ustaz Annuar Salleh. Program tamat sebelum solat Asar.

Dari maklumbalas yang diterima, sebilangan besar peserta telah mengisi borang untuk menyertai Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan menyatakan minat untuk mengikuti program KRIM di masa akan datang. Secara keseluruhannya, program telah mencapai objektif yang telah disasarkan.

 

Read Full Post »

%d bloggers like this: