Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for November 2006

Di Kuala LinggiKuala Linggi, 25-27 Nov – Program Jom Camping anjuran KRIM DHL yang diadakan di Kuala Linggi baru-baru ini telah mencapai matlamat untuk mengumpulkan remaja di sekitar Hulu Langat dan Sepang. Program 3 hari 2 malam itu telah disertai seramai 47 remaja lelaki dan 18 remaja wanita yang majoritinya adalah baru pertama kali menyertai program anjuran KRIM. Pihak penganjur percaya kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama semua pihak lebih-lebih lagi ibu bapa yang memberikan kepercayaan dan harapan tinggi kepada ISMA.

“Kita berterima kasih kepada ibu-bapa remaja yang memberikan kepercayaan kepada KRIM untuk membimbing adik-adik ini dan kami berharap mereka akan terus bersama KRIM dalam aktiviti-aktiviti pembangunan insan akan datang” ujar Saudara Mohd Noor Azib Ketua Biro Remaja ISMA Hulu Langat.

Malam mendekatkan diri dengan AllahPermainan untuk akhawat

Kejayaan ini menguatkan lagi azam ahli jawatankuasa Biro Remaja ISMA Hulu Langat untuk mencapai sasaran mengumpulkan seramai 1100 orang remaja sehingga tahun 2010.

Saudara Azib yang juga merupakan Setiausaha Biro Remaja ISMA Pusat berharap aktivisme pembangunan remaja di tempat-tempat lain dapat juga diperhebatkan bagi memastikan sasaran keahlian remaja seramai 15,000 orang seluruh negara pada tahun 2010 dapat dicapai.

 

Advertisements

Read Full Post »

%d bloggers like this: