Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Salam Sahur

Read Full Post »

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) Cawangan Hulu Langat mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-53 kepada semua warga negara khususnya umat Islam diseluruh tanah air.

Merdeka bagi kita adalah kebebasan untuk melaksanakan hak-hak dan tuntutan islam tanpa ada sebarang halangan dan kekangan baik dari dalam diri sendiri mahupun dari suasana persekitaran. Seorang panglima Islam terkenal Rubie bin Amir ketika berhadapan dengan panglima tentera Rom Rustum menjelaskan bahawa agama Islam datang untuk membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada pengabdian sepenuhnya hanya kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Begitulah kemerdekaan pada hakikatnya.

Sebagai rakyat Malaysia kita bersyukur kerana kita bebas dari penjajahan kuasa asing. Namun begitu perjuangan mencari kemerdekaan hakiki harus diteruskan sehinggalah ummah bebas melaksanakan tuntutan Islam, menolak segala ideologi yang bertentangan dengan Islam, membuang segala belenggu yang mengaburi minda umat Islam. Begitu juga perjuangan perlu diteruskan demi menjaga hak dan maruah umat Islam yang semakin terhakis.

Bagi mencapai hasrat ini, ISMA cawangan Hulu Langat menyeru agar semua umat Islam meletakkan kepentingan Islam didepan berbanding kepentingan-kepentingan lain. Kesepakatan harus dibentuk untuk mempertahankan hak-hak dan mendaulatkan Islam. Dengan bersepakat kita mampu membuktikan kekuatan umat Islam dan merealisasikan kebaikan Islam yang sebenar. Peranan ini turut sama perlu dimainkan oleh saudara-saudara seagama kita dari kaum-kaum yang lain.

Semoga hakikat kemerdekaan ini dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat, golongan remaja, belia, golongan intelek, pimpinan masyarakat dan seluruh warga negara khususnya yang beragama Islam. Semoga hari-hari Ramadan yang kita lalui benar-benar menjadikan kita seorang individu yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

Mohd Noor Azib Asmangi
NYDP ISMA Hulu Langat

Read Full Post »

Assalamualaikum wbt,
 
Alhamdulillah, Ramadhan kareem telah menjelang. Mari kita bersama-sama mempersiapkan ruh dan jasad meraikan tetamu yang agung ini. Sebagai umat nabi Muhammad s.a.w kita sungguh bertuah kerana dianugerahkan dengan bulan yang penuh berkah ini sebagai madrasah pensucian jiwa. Madrasah untuk kita kembali kepada fitrah Islam. Madarasah untuk kita menjadi insan yang lebih bertaqwa sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ketas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa” (Al-Baqarah: 183).
 
Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. Begitulah istimewanya Ramadhan dan beruntunglah umat Islam yang benar-benar mengambil manfaat didalamnya.
 
Sebagai usaha untuk menerapkan rasa cinta masyarakat Islam kepada Ramadhan dan mempersiapkan jiwa untuk menemuinya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Hulu Langat akan menjayakan beberapa program penghayatan Nur Ramadhan 1431H. Program-program yang telah disusun ini terbahagi kepada program luaran iaitu untuk masyarakat dan juga program-program dalaman untuk pemantapan jiwa setiap umat Islam.
 
Program-program kemasyarakatan yang telah dirancang adalah seperti berikut:
 

  1. Majlis Pelancaran Kempen Nur Ramadhan yang akan diadakan pada hari Ahad, 8 Ogos 2010, jam 3-5 petang di PKNS B.Baru Bangi. Pada program ini ahli-ahli ISMA akan memulakan kempen penghayatan Ramadhan dengan mengedarkan risalah-risalah Ramadhan kepada semua umat Islam di sekitar B.B.Bangi. Persatuan Penduduk B.Baru Bangi, pertubuhan-pertubuhan NGO dan orang ramai dijemput untuk memeriahkan majlis ini.
  2. Majlis Berbukan Puasa & Forum Ramadhan akan diadakan pada hari Sabtu, 21 Ogos 2010 dari jam 5pm – 11mlm. Majlis berbuka puasa ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan ISMA dengan masyarakat setempat dan juga untuk meraikan sebahagian umat Islam yang kurang bernasib baik dari kalanga anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin. Tempat akan dimaklumkan kelak.
  3. Program Remaja & Ramadhan akan diadakan untuk mengisi masa cuti remaja dengan penghayatan Ihya’ Ramadhan. Program ini akan diadakan secara kerjasama dengan surau Islah, seksyen 7 B.B.Bangi. Tentatif tarikh ialah pada hari Sabtu & Ahad 28-29 Ogos 2010.
  4. Program Iftar di IPT oleh PEMBINA di sepanjang Ramadhan di IPT-IPT terpilih.
  5. Iktikaf Jamaie peringkat Hulu Langat akan diadakan pada hari Isnin 30 Ogos bersamaan 20 Ramadhan (malam 21) di masjid UKM.
  6. Program Sumbangan Duit dan Hamper Hari Raya kepada kanak-kanak di wad kanak-kanak hospital Kajang pada 31 Ogos 2010. Sempena sambutan kemerdekaan dan menjelangnya Aidil Fitri, sumbangan ini diharapkan akan meringankan kesulitan yang dihadapi.
  7. Kempen RM1 sehari untuk Tabung Palestin. Kempen ini akan diadakan dengan kerjasama Aman Palestin Berhad bagi menimbulkan rasa insaf dikalangan umat Islam terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara kita di Palestin. Duit-duit yang telah terkumpul bolehlah diserahkan kepada Aman Palestin dihujung Ramadhan.
  8. Edaran 5000 Flyer Ramadhan dan memasang kain rentang serta bunting di sekitar B.Baru Bangi akan dijalankan bagi menyemarakkan lagi penghayatan Ramadhan.

 
Untuk keterangan lanjut bagi program di atas, bolehlah hubungi sekretariat Nur Ramadhan, Sdr. Zakir 0192190995 ataupun setiausa ISMA DHL Sdr. Khairuddin 0192677180.
 
Manakala antara program-program individu (terutamanya untuk ahli-ahli ISMA) adalah seperti berikut:
 

  1. Solat sunat Tarawih setiap malam di masjid bersama keluarga
  2. Tilawah Quran satu juzuk sehari disepanjang bulan Ramadhan. Setiap umat Islam sangat dituntut untuk memperbanyakkan bacaan al-quran disepanjang Ramadhan. Jadikan iltizam fardi untuk khattam quran (30 juzuk) dihujung Ramadhan.
  3. Budayakan membawa mushaf quran dalam aktiviti seharian. Ini bagi menanamkan kecintaan kita terhadap al-quran.
  4. Qiamullail setiap hari sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud sebelum subuh.
  5. Rehlah masyi (jalan kaki) sejauh 3km sekali di bulan Ramadhan bagi menghayati perjuangan umat Islam di dalam peperangan Badar.
  6. Tasmik hafalan juz ke 30 di hujung Ramadhan. Ini bagi membudayakan aktiviti menghafal quran.
  7. Memasang lampu lip lap di rumah bagi menceriakan suasana Ramadhan.

 
Semoga dengan susunan program-program penghayatan Ramadhan di atas akan meningkatkan lagi iltizam kita untuk beribadah dengan sebaik mungkin di bulan Ramadhan mubarak ini.
 
Semoga Allah penjangkan umur kita dan pertemukan kita dengan Ramadhan kali ini. Mohon kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan. Allahumma ballighna Ramadhan. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
 
Wassalam.
 
 
Mohd Noor Azib Asmangi
NYDP ISMA Hulu Langat

Read Full Post »

%d bloggers like this: