Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Remaja’ Category

SEPANG, 22 November – Kelab Remaja ISMA Daerah Hulu Langat (KRIM DHL) telah bekerjasama dengan Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL) bagi mengendalikan Perkhemahan Kepimpinan Pengawas SAMSMEL di Nur Bukit Unggul, Jenderam Hulu yang disertai oleh 41 orang pelajar dari sekolah tersebut.

Peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 telah berkhemah selama 3 hari 3 malam di Nur Bukit Unggul untuk mendengar 3 ceramah, menjalani pelbagai bengkel kepimpinan, dan mengharungi aktiviti-aktiviti luar yang menjurus ke arah pembangunan jati diri seorang pemimpin.

“Pada pendapat saya, perkhemahan ini sangat banyak mengajar saya erti kepimpinan, contohnya game trust fall yang kami lakukan telah membuktikan perlunya kita mempercayai rakan-rakan setugas kita untuk menjayakan satu-satu misi dalam tugas kita sebagai pengawas sekolah,” kata Adik Anas semasa diberi peluang berucap dalam majlis penutup perkhemahan tersebut.

“Pihak sekolah sangat berterima kasih kepada KRIM DHL atas kerjasama yang telah diberikan dalam mengendalikan perkhemahan ini,” kata Puan Aisyah selaku pengarah program tersebut.

Peserta-peserta perkhemahan tersebut telah mendapat pelbagai ilmu dan kemahiran daripada penceramah-penceramah yang berpengalaman sendiri menjadi pengawas sewaktu di bangku persekolahan dan berjaya terus maju dengan sifat-sifat dan ciri-ciri kepimpinan mereka iaitu Saudara NorZafry Bin NorHalim, Ustaz Anhar Bin Opir dan Ustaz Salman Abdul Rahman.

“Saya percaya kepada pendekatan usrah mampu membimbing pelajar ke arah peribadi yang hebat, dan bersempena dengan cadangan kementerian berkenaan langkah ini, saya mahu anda para pengawas sekolah terlebih dahulu melalui pendidikan ini dengan sistem yang baik serta teratur dan tersusun,” kata Ustaz Yaziz kepada para peserta dalam majlis penutup tersebut selaku wakil sekolah merangkap Guru Penolong Kanan SAMSMEL.

Advertisements

Read Full Post »

BANGI, 7 November – 19 pasukan telah berentap untuk merebut piala pusingan dalam Karnival Futsal NAZIM 2010 yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Nadi Asybal Wa Zahrawat Daerah Hulu Langat (NAZIM DHL) bertempat di Galaxy Futsal, Seksyen 15, Bandr Baru Bangi.

Penyertaan yang menggalakkan itu terdiri daripada pelbagai peringkat komuniti di sekitar Bangi, termasuklah penyertaan daripada sekolah-sekolah, taman perumahan, dan pasukan-pasukan yang terlatih.

“Selain daripada objektif yang biasa kita tekankan seperti memupuk silaturrahim dan ukhuwah di kalangan anak-anak, NAZIM pada kali ini lebih berkeyakinan untuk membuka dan memasarkan pakej NAZIM kepada masyarakat setempat,” jelas Puan Raba’iah, selaku wakil AJK penganjur kejohanan.

Piala pusingan kali ini dirangkul oleh Pasukan SEJATI setelah menumpaskan kumpulan TS1 dengan 2 gol berbalas 1 dalam perlawanan akhir karnival tersebut.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan SK Seksyen 7 setelah berjaya menumpaskan kumpulan J4 Plus dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Karnival bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran peserta yang bersemangat untuk bertanding datang mendaftarkan diri bersama pengurus pasukan mereka, dan berakhir dengan majlis penutup sekitar jam 2.00 petang.

Saudara Azib, Naib Yang Di-Pertua ISMA Daerah Hulu Langat berkata di dalam majlis penutup, “Pertandingan ini diharapkan dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan anak-anak kita untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti bermafaat di luar waktu sekolah mereka.”

Read Full Post »

Read Full Post »

Read Full Post »

BANDAR BARU BANGI, 4 Ogos 2010 – Kelab Remaja ISMA Daerah Hulu (KRIM DHL) Langat dengan kerjasama Sekolah Menengah Agama Sungi Merab Luar (SAMSMEL) buat julung-kalinya telah berjaya mengadakan Forum “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung( BBMBBK)” yang bertempat di Surau SAMSMEL. Forum ini membariskan dua orang ahli panel yang berpengalaman luas dalam pembangunan remaja iaitu Ustaz Sarip Adul yang juga YDP ISMA Sabah dan juga Puan Rasyidah Arsyad daripada KRIM DHL. Forum ini dipengerusikan oleh Saudara Wan Ibrahim Wan Hassan yang juga merupakan aktivis KRIM DHL.

Seramai 300 orang pelajar putera dan puteri SAMSMEL dari Tingkatan Satu hingga Lima mengikuti forum ini dengan penuh minat dan sepenuh perhatian. Turut mengiringi pelajar-pelajar SAMSMEL adalah Guru Kaunselor, Cikgu Faridah yang membuka ruang dan memberi kerjasama yang sangat baik kepada KRIM DHL dalam pelaksanaan forum ini. Forum ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada adik-adik pelajar tentang perasaan cinta remaja yang mereka lalui ketika ini disamping kaedah-kaedah menangani perasaan tersebut sepertimana yang dianjurkan oleh Islam. Ia juga bertujuan untuk mengembalikan fokus pelajar kepada keutamaan mereka buat masa ini iaitu mengembali dan mencapai kecemerlangan dalam akademik dank ko-kurikulum.

Seawal jam 3.00 petang pelajar-pelajar SAMSMEL telah berkumpul di surau sekolah dengan pakaian badan beruniform masing-masing. Majlis dimulakan dengan kata-kata pembukaan daripada wakil pelajar yang seterusnya menyerahkan majlis kepada moderator forum, Saudara W. Ibrahim. Forum dimulakan dengan mukaddimah daripada Ustaz Sarip dan diikuti oleh Puan Rasyidah dalam forum yang mengandungi tiga pusingan. Pelbagai nasihat dan kata-kata motivasi diberikan oleh ahli panel dalam usaha membantu pihak sekolah mengembalikan pelajar-pelajar ke landasan kecemerlangan demi masa depan mereka. Peluang untuk bersoal-jawab bersama ahli panel telah digunakan sebaik mungkin oleh pelajar-pelajar untuk merungkaikan setiap persoalan yang timbul dalam benak fikiran mereka.Lagu KRIM juga turut dikumandangkan sebagai pengenalan KRIM kepada pelajar-pelajar SAMSMEL dan juga sebagai perkongsian cita-cita KRIM dalam usaha membangunkan potensi remaja menurut acuan Islam.

Forum ini telah diakhiri dengan penggulungan tajuk dari setiap ahli panel yang berkitar tentang harapan dan tanggung jawab sebagai pelajar dan remaja Muslim dalam mencapai kecemerlangan hidup dunia akhirat. Diharapkan pelajar-pelajar dalam memperoleh manfaat dan motivasi berguna daripada forum ini dalam mencapai kecemerlangan hidup sebagai pelajar dan juga remaja Muslim.

Read Full Post »

Anak-anak dan Al-Quran jangan dipisahkan

Anak-anak dan Al-Quran jangan dipisahkan

29-30 Ogos 2009 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) dengan kerjasama pihak Surau Al-Amin Seksyen 8 Bandar Baru Bangi telah berjaya menganjurkan program Remaja & Ramadhan (R&R) 1430H bertempat di surau berkenaan. Seramai 34 peserta berdaftar yang berumur antara 10 hingga 16 tahun telah menyertai program penghayatan Ramadhan tersebut.

Program telah dirasmikan oleh Dr Abdul Latif, Naib Pengerusi Surau Al-Amin. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Remaja Puteri Bergambar di AMPAC

Remaja Puteri Bergambar di AMPAC

28 Ogos 2009 / 7 Ramadhan 1430 – Kelab Remaja ISMA Cawangan Hulu Langat (KRIM DHL) Puteri dengan kerjasama Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC) telah berjaya menganjurkan satu program bersempena Ramadhan dan Hari Kemerdekaan ke-52 bertemakan ‘Remaja, Ramadhan dan Merdeka’ bertempat di ibu pejabat AMPAC. Program ini telah disertai 20 remaja puteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Objektif utama program ini adalah bukan sahaja untuk memberi pengisian spiritual tentang amalan-amalan dalam bulan ramadhan malah untuk memberi peluang kepada para peserta untuk merealisasikan yang dipelajari ke dalam bentuk amal perbuatan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Di samping itu, pengisian tentang kemerdekaan dari persektif Islam turut diberikan agar para peserta sedar akan nikmat kemerdekaan dan menggunakan nikmat ini dengan sebaik-baiknya untuk terus memperbaiki diri menjadi muslim yang semakin baik daripada hari ke hari. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: