Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2007

Padang UKM Bangi, 25 Feb 2007 – Pasukan KRIM DHL telah mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak dengan remaja Fasa 3, Bandar Baru Bangi.

Objektif utama perlawanan ialah untuk memperkenalkan remaja Fasa 3 yang dipimpin oleh Saudara Faisal Abdul Rahman dengan Kelab Remaja ISMA. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan KRIM 8-2. Selepas perlawanan tersebut KRIM telah berlawan pula dengan pakcik-pakcik ISMA Bangi yang turun riadah pada hari tersebut. Walaupun pada peringkat awal KRIM dibelasah 2-0, namun setelah pasukan KRIM disusun semula, pakcik-pakcik akhirnya tewas 4-3. Tahniah kepada KRIM dan pakcik-pakcik yang bermain bersungguh-sungguh.

ISMA DHL mengadakan riadah mingguan setiap pagi Ahad, 8.30am di Padang D UKM. Semua muslimin dijemput turut serta.

Advertisements

Read Full Post »

%d bloggers like this: