Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2009

Peperangan antara Islam dan Zionis bermula sejak sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w. lagi. Golongan Yahudi telah dicatatkan dalam al-Quran sebagai golongan yang memusuhi para nabi dan Islam. Dalam peperangan mutakhir Yahudi memperalatkan golongan Kristian untuk menyertai peperangan Salib menentang Khalifah Islam.

Kegagalan mereka dalam peperangan Salib memberi pengajaran bahawa Umat Islam tidak akan dapat dikalahkan dengan apapun senjata selagi keimanan mereka utuh di dada dan selagi al-Quran menjadi manhaj hidup mereka.

Bertitik tolak daripada keyakinan ini Yahudi Zionis menukarkan strategi menentang Islam dengan memerangi pemikiran, aqidah, akhlak dan budaya hidup mereka. Daripada kesedaran ini Yahudi menggariskan 20 protokol mereka yang menjadi panduan kerja bagi menghancurkan Islam, menjatuhkan kuasa khalifah Islam dan memastikan Islam tidak akan tertegak kembali.

(selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Hak Penjagaan Anak: Hukum Syariah Dan Undang-Undang Negara

Kes pengislaman Mohammad Ridzuan Abdullah atau nama asalnya Patmanathan a/l Krishnan serta usahanya mengislamkan anak-anaknya telah menarik perhatian banyak pihak sehingga Kabinet masuk campur dan memutuskan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk Islam.

Keputusan ini telah mengundang reaksi yang tidak selesa kepada masyarakat Islam. Banyak pihak tidak setuju dengan keputusan yang tergesa-gesa tanpa merujuk dahulu kepada mereka yang pakar seperti para ulama dan para mufti.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

KUALA LUMPUR, 24 April – Lebih 100 NGO Islam hari ini membantah dan meminta Kabinet mengkaji semula keputusan jemaah menteri berhubung status anak-anak yang dikekalkan menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa memeluk agama lain. Bantahan ini dikemukakan dalam satu kenyataan bersama NGO-NGO Islam yang dibacakan di Sekretariat Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) di sini hari ini.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Laman Sekretariat Antarabangsa,
Ikatan Muslimin Malaysia

Layari –> http://www.jalinanukhuwah.info

Read Full Post »

“Abi ni.. kaki terjengket-jengket pun nak turun riadah?” Sapa Sarah anak sulung Ikhwan yang kini berumur 8 tahun. Sarah memang suka bertanya apa sahaja yang dilihatnya pelik. Ya lah, mana ada orang sakit, nak lipat kaki ketika solat pun tak boleh, masih nak turun riadah.

“Kakak, walaupun kaki abi sakit tak boleh main bola, abi masih boleh jalan, kira riadah la tu”. Sebenarnya jauh dihati Ikhwan, pertemuan dengan sahabat-sahabat seperjuangan itu lebih bernilai baginya selain dapat bermain bola selama 60 minit.

Begitulah kesungguhan Ikhwan dalam menghidupkan program riadah mingguan. Apa yang ada hari ini adalah hasil usaha bersama dengan beberapa orang sahabat sejak dia mula pindah ke Bangi 5 tahun lepas. Kalau ikutkan dia dulu bukanlah kaki bola. Tetapi itulah yang diyakininya dalam tarbiyah ini. “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi (Allah) oleh seorang mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan”, maksud dari sepotong hadis.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa.

Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah)
(selanjutnya…)

Read Full Post »

Ahli-ahli ISMA perlu berani mempromosikan fikrah dan imej ISMA kepada masyarakat seiring dengan konsep penggarapan umum yang diwar-warkan, lebih-lebih lagi ISMA membawa agenda yang unik dalam mengemukakan penyelesaian-penyelesaian kepada masalah yang dideritai umat hari ini. Demikian amanat yang ditegaskan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA dalam ’Muzakarah JKP-YDP’ yang telah berlangsung pada 11 April 2009 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: