Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Yayasan Ikhlas’

Ustaz Mohamad b Ismail dan para AJK ISMA DHL mengagihkan sumbangan kepada para penerima

Bandar Baru Bangi, 5 September – ISMA Cawangan Hulu Langat (DHL) dengan kerja sama Yayasan Ikhlas menganjurkan majlis Iftar Jama’ie bertempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAI BBB).  Sekitar 200 orang tetamu dan jemputan hadir ke majlis ini.  Para jemputan terdiri daripada wakil Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Majlis Perbandaran Kajang, para guru SRAI BBB, Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).  Tetamu lain terdiri daripada ahli, keluarga ahli dan mad’u yang terdiri daripada Institusi Pengajian Tempatan (IPT) sekitar Bangi.

Majlis Iftar ini turut dimeriahkan lagi dengan pemberian bantuan berbentuk sumbangan wang tunai dan hamper berisi makanan daripada Yayasan Ikhlas.  Penerima bantuan kali ini terdiri daripada wakil-wakil daripada Persatuan Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi dan anak-anak yatim SRAI BBB.  Yayasan Ikhlas telah ditubuhkan oleh Biro Dakwah dan Kebajikan ISMA.  Menurut  Pengerusi Yayasan Ikhlas, Ustaz Mohamad Ismail, Yayasan Ikhlas telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bertujuan menghulurkan sumbangan kebajikan untuk ahli-ahli ISMA dan bukan ahli di samping menyampaikan mesej dakwah kepada golongan sasaran. Ujar beliau lagi, “Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini akan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang mereka tanggung terutama sekali menjelang Eidul Fitri di bulan Syawal tidak lama lagi”.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: