Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘ustaz mohamad bin ismail’

Ustaz Mohamad b Ismail dan para AJK ISMA DHL mengagihkan sumbangan kepada para penerima

Bandar Baru Bangi, 5 September – ISMA Cawangan Hulu Langat (DHL) dengan kerja sama Yayasan Ikhlas menganjurkan majlis Iftar Jama’ie bertempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAI BBB).  Sekitar 200 orang tetamu dan jemputan hadir ke majlis ini.  Para jemputan terdiri daripada wakil Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Majlis Perbandaran Kajang, para guru SRAI BBB, Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).  Tetamu lain terdiri daripada ahli, keluarga ahli dan mad’u yang terdiri daripada Institusi Pengajian Tempatan (IPT) sekitar Bangi.

Majlis Iftar ini turut dimeriahkan lagi dengan pemberian bantuan berbentuk sumbangan wang tunai dan hamper berisi makanan daripada Yayasan Ikhlas.  Penerima bantuan kali ini terdiri daripada wakil-wakil daripada Persatuan Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi dan anak-anak yatim SRAI BBB.  Yayasan Ikhlas telah ditubuhkan oleh Biro Dakwah dan Kebajikan ISMA.  Menurut  Pengerusi Yayasan Ikhlas, Ustaz Mohamad Ismail, Yayasan Ikhlas telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bertujuan menghulurkan sumbangan kebajikan untuk ahli-ahli ISMA dan bukan ahli di samping menyampaikan mesej dakwah kepada golongan sasaran. Ujar beliau lagi, “Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini akan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang mereka tanggung terutama sekali menjelang Eidul Fitri di bulan Syawal tidak lama lagi”.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Orang yang berpuasa memiliki 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka ia bergembira dengan berbukanya dan ketika bertemu Rabb-nya ia bergembira dengan puasanya (Riwayat Bukhari:1904)

Orang yang berpuasa mendapatkan dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan saat berjumpa Rabbnya

31 Ogos 2009, Fakulti Kejuruteraan UKM – Puasa bukanlah sekadar untuk merendahkan nafsu, malah untuk membebaskan diri kita dari kongkongan nafsu, seterusnya memerdekakan kita. Matlamat ibadah puasa adalah taqwa, dengan melakukan ibadah puasa dan memenuhi segala tuntutannya, ia sepatutnya mengangkat kita ke satu tahap yang lebih tinggi di sisi Allah swt. Demikian pesanan Ustaz Mohamad bin Ismail yang telah menyampaikan tazkirah di Surau Fakulti Kejuruteraan UKM sempena iftar yang dihadiri oleh ahli-ahli ISMA serta pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Lembah Klang.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Kuliah Maghrib Tafaquh Fi-Ddin, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) daerah Hulu Langat, Ustaz Mohamad Ismail, Timbalan YDP ISMA DHL, setiap Selasa, selepas Maghrib Surau Al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Read Full Post »

Kuliah Maghrib Tafaquh Fi-Ddin, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) daerah Hulu Langat, Ustaz Mohamad Ismail,  Timbalan YDP ISMA DHL, setiap Selasa, selepas Maghrib Surau Al-Amirin, Seksyen 4, bandar Baru Bangi.

Read Full Post »

Karangan Ibnu Qayyim Al Jauzi (anak murid syeikhul Islam Ibn Taimiyah) oleh Ustaz Mohamad Ismail Pengerusi Biro Belia ISMA.


Read Full Post »

Siri Kuliah Maghrib: Tafaquh Fi-Ddin, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Hulu Langat oleh Ustaz Mohamad Ismail, Pengerusi Biro Belia ISMA, di Surau Al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.


Read Full Post »

Kitab tulisan Ibn Qayyim al-Jauzi (anak murid Syeikhul Islam Ibn Taimiyah) oleh Ustaz Mohamad Ismail Pengerusi Biro Belia Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).


Read Full Post »

Tulisan Ibn Qayyim al-Jauzi (anak murid Syeikhul Islam Ibn Taimiyah) oleh Ustaz Mohamad Ismail Pengerusi Biro Belia Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).


Read Full Post »

Oleh: Ustaz Mohamad bin Ismail

Read Full Post »

%d bloggers like this: