Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Riadhah’

Kepong, 20 Mac 2010 – Bersempena cuti sekolah, KRIM DHL menganjurkan rehlah KRIM puteri di Forest Research Institute of Malaysia(FRIM), Kepong hari ini. Seramai 17 orang peserta telah mengikuti rehlah ini dan berjaya melalui Titian Kanopi (Canopy Walkway)  yang merupakan antara tarikan utama di FRIM.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”… (Ali Imran, 190)

Selain bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli dan mencintai alam sekitar, rehlah ini juga diadakan untuk memastikan ahli KRIM puteri sentiasa melakukan riadhah untuk membentuk tubuh badan yang cergas dan disukai oleh Allah.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Latihan bola keranjang, bola tampar dan bolasepak

Bangi, 15 November – Seawal subuh, para atlit ISMA DHL telah berkumpul di Masjid UKM untuk menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah yang diadakan. Tepat jam 7.00 pagi, senaman memanaskan badan dimulakan dengan diketuai oleh Ustaz Mohamad bin Ismail. Masing-masing kemudian menuju ke padang/gelanggang untuk memulakan latihan berasingan berdasarkan permainan yang dipertandingkan.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Salam kepada semua, semoga ceria dan dirahmati Allah selalu.

Solat Subuh Berjemaah di UKM

InsyaAllah bermula Ahad 8 November 2009, semua ahli ISMA (lelaki) dan semua yang berminat beriadah bersama-sama, dikehendaki solat subuh berjemaah di masjid UKM (5.50am) sebelum Riadah. Ini adalah sebahagian daripada usaha ISMA untuk memantapkan ukhuwwah dan disiplin amal jamaie kita.

Maksudnya, kita ingin membentuk beberapa unsur disiplin dalam amal jamaie dan salah satu inisiatif ialah melalui program solat subuh berjemaah di masjid. Projek ini akan dilaksanakan di semua kawasan dan insyaAllah DHL akan memulakannya.

Riadah

Sejurus itu, (selanjutnya…)

Read Full Post »

17 Ramadhan – Saya dan beberapa aktivis ISMADHL menyusuri persisiran tasik dan pusat bandar Putrajaya dalam program Rehlah Masyi (berjalan kaki) atau Rehlah Badar. Tidak begitu jauh dan tak sempat nak keluar peluh, lebih kurang 5km pergi dan balik. Tapi Putrajaya memang indah, bangunan dan landskapnya memukau pelancong yang hadir.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

“Abi ni.. kaki terjengket-jengket pun nak turun riadah?” Sapa Sarah anak sulung Ikhwan yang kini berumur 8 tahun. Sarah memang suka bertanya apa sahaja yang dilihatnya pelik. Ya lah, mana ada orang sakit, nak lipat kaki ketika solat pun tak boleh, masih nak turun riadah.

“Kakak, walaupun kaki abi sakit tak boleh main bola, abi masih boleh jalan, kira riadah la tu”. Sebenarnya jauh dihati Ikhwan, pertemuan dengan sahabat-sahabat seperjuangan itu lebih bernilai baginya selain dapat bermain bola selama 60 minit.

Begitulah kesungguhan Ikhwan dalam menghidupkan program riadah mingguan. Apa yang ada hari ini adalah hasil usaha bersama dengan beberapa orang sahabat sejak dia mula pindah ke Bangi 5 tahun lepas. Kalau ikutkan dia dulu bukanlah kaki bola. Tetapi itulah yang diyakininya dalam tarbiyah ini. “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi (Allah) oleh seorang mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan”, maksud dari sepotong hadis.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Tempat: Pejabat ISMA Bangi (atas Restoran Amir, belakang hospital Az-Zahrah)
Tarikh: 17 Jan 09 (Sabtu)
Masa: 9.00 mlm (Sabtu) – 7.30 pagi (Ahad)
Tema: Remaja Soleh, Insan Musleh
Pengisian: Trilogy: Hijrah | Hari Asyura | Terkini Gaza oleh Ust Muthalib

Makanan: Supper dan sarapan pagi disediakan.
Masuk: Percuma.

Program berakhir dengan riadhah bersama di padang bola UKM pada 8.00 pagi Ahad.

Read Full Post »

%d bloggers like this: