Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Qiyamullail’

Para peserta bersama jemaah masjid UIA bersama-sama membaca ma'thurat selepas solat subuh

Gombak – Seramai lebih kurang 80 ahli ISMA dan PEMBINA dari Cawangan Hulu Langat telah  menyertai program Iktikaf Perdana Zon Tengah di Masjid Universiti Islam Antarabangsa pada 4 September 2010.

Program ini telah disertai oleh hampir 300 orang ahli-ahli PEMBINA dan ISMA zon tengah yang terdiri daripada cawangan-cawangan Gombak, Hulu Langat, Shah Alam dan Klang.

Ini merupakan jumlah peserta paling ramai pernah dicapai sejak ‘pesta ibadah’ Ramadhan tahunan ini diadakan oleh ISMA sejak beberapa tahun lepas. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Azib, NYDP ISMA DHL menyampaikan tazkirah subuh

BANGI, 31 Ogos – Lebih 100 ahli termasuk rakan-rakan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Daerah Hulu Langat (ISMA DHL) dan Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Bangi (PEMBINA Bangi) menyertai Kempen Semarak 10 Akhir Ramadhan anjuran dua NGO tersebut di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Kempen dianjurkan untuk menggalakkan para ahli serta muslimin muslimat setempat agar betul-betul memanfaatkan 10 hari Ramadhan yang terakhir pada tahun ini dan berusaha bersungguh-sungguh mengejar malam Lailatul Qadar.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Qiyamullail dan solat berjemaah adalah antara latihan paling penting dalam MABIT

26 Februari 2010 – Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) ISMA DHL berjalan lagi dengan kejayaan mengumpul hampir 30 belia dan remaja dari sekitar Daerah Hulu Langat. MABIT pada kali ini dikendalikan oleh Saudara Nazif Emran.

Manusia yang terbaik adalah yang dapat menghayati, memahami, mempraktik dan mengajarkan ilmu yang diterimanya sebagaimana tanah subur yang dihujani air hujan dan menumbuhkan hasil dan memberi manfaat kepada makhluk-makhluk lain.”

(selanjutnya…)

Read Full Post »

B.B.Bangi, 20 Nov – Siri Malam Bina Iman & Taqwa (MABIT) ISMA DHL diteruskan lagi dengan tema MABIT kali ini berkisar tentang mengenali nafsu & mujahadah menentangnya. Program MABIT ini telah dihadiri lebih 20 belia dari pelbagai IPT di sekitar Daerah Hulu Langat & Sepang.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Bandar Tasik Kesuma, 21 Februari 2009 – Alhamdulillah, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Daerah Hulu Langat (KRIM DHL) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad dan Surau Al-Kauthar, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih telah berjaya menganjurkan Program Palestin dan Qiyamullaiul Remaja di surau tersebut pada Sabtu, 21 Februari 2009.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: