Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘PEMBINA’

Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ” ~ riwayat Bukhari

Menunjukkan jalan kebajikan adalah salah satu tugas dakwah. Tentu sahaja tujuannya untuk mengajak orang-orang melakukan kebajikan itu. Tetapi kita mestilah ingat bahawa mengajak tidak cukup dengan hanya berbekalkan kata-kata yang berbunga.

Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang menunjukkan jalan kebajikan maka ia memperolehi pahala (seperti pahala) orang yang melaksanakannya.” (HR Muslim, At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban).

ISMA DHL memandang serius aspek pentarbiyahan dari sudut ini. Sudah tentu terdapat pelbagai cara untuk membuka jalan membuat kebajikan. Antaranya, menjadi matlamat ISMA DHL dalam jangka masa sederhana ini untuk aktif dalam program-program khidmat masyarakat.

Program Khidmat Masyarakat bersama Surau Al-Makmur, Desa Makmur, Sepang yang telah diadakan pada 21 November 2009 yang lepas adalah salah satu usaha ke arah mencapai tujuan ini. Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada persiapan awal untuk kerjasama seterusnya sempena Program ‘Homestay’ Remaja pada 1 hingga 13 Disember 2009 bertempat di surau ini juga. Seramai lebih kurang 40 orang peserta akan berkampung di surau ini nanti, yang rata-rata datang dari sekitar Hulu Langat, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan negeri-negeri lain. Di samping mentarbiyah para ahli untuk membuka peluang untuk melakukan aktiviti yang memberi kesan kepada masyarakat setempat, ia juga membantu memperkenalkan lagi ISMA.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: