Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Membina Generasi Harapan’

Satu gagasan yang besar yang  ingin dipikul oleh organisasi unik ini ialah untuk “Membina Generasi Harapan”. Satu generasi yang mampu membangunkan ummah berlandaskan tamadun Islam dan keadilan bersama. Tergambar di benak kita tamadun Islam beratus tahun dahulu antaranya Kordova, Istanbul, Baghdad dan Madinah al-Munawarah yang kini hampir dilupakan umat. Apakah ciri-ciri yang ada pada generasi yang hebat ini sehingga mampu melahirkan satu tamadun yang hebat?

Dalam realiti Malaysia, kekaburan metodologi membangun ummah menyebabkan identiti umat ini tergadai. Pergeseran fahaman dan ideologi merumitkan lagi usaha-usaha pembangunan. Membangunkan bangsa disifatkan sebagai rasisme bahkan assabiyah perkauman yang salah menurut tafsiran sesetengah pihak. Begitu juga dengan kebejatan gejala sosial yang mereputkan dan menghapuskan keseluruhan identiti bangsa. Kesemua ini adalah gambaran bebanan dan halangan-halangan yang perlu diharungi usaha-usaha Membina Generasi Harapan.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Bangi, 11 November – Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidil Adha yang sememangnya amat sinonim dengan pelaksanaan ibadah Qurban, Ustaz Annuar Salleh, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat, telah dijemput untuk menyampaikan sebuah ceramah bertajuk “Korban dan Pengorbanan” di Surau Skybridge, PETRONAS Research Sdn. Bhd., Bangi.

..Pengorbanan sebenar adalah untuk mengorbankan harta dan diri bagi merapatkan jurang antara realiti semasa dengan visi kita untuk menaikkan kembali syiar Islam” – YDP ISMA DHL

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: