Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Kuliyah Subuh’

Anak-anak dan Al-Quran jangan dipisahkan

Anak-anak dan Al-Quran jangan dipisahkan

29-30 Ogos 2009 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) dengan kerjasama pihak Surau Al-Amin Seksyen 8 Bandar Baru Bangi telah berjaya menganjurkan program Remaja & Ramadhan (R&R) 1430H bertempat di surau berkenaan. Seramai 34 peserta berdaftar yang berumur antara 10 hingga 16 tahun telah menyertai program penghayatan Ramadhan tersebut.

Program telah dirasmikan oleh Dr Abdul Latif, Naib Pengerusi Surau Al-Amin. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Ustaz Mukram berkongsi hadith-hadith tentang nikmat syurga

Ustaz Mukram berkongsi hadith-hadith tentang nikmat syurga

Ahad, 1 Mac 2009, Surau Al-Amirin, Seksyen 4, B.B.Bangi – Selepas qiyam pada malamnya, para ahli ISMA DHL bersama jemaah surau telah disajikan dengan kuliyah subuh oleh Ustaz Mukram Mohd Taib. Antara lain beliau mengingatkan tentang nikmat syurga melalui penyampaian hadith-hadith soheh yang menjelaskan tentang betapa besarnya nikmat syurga. Untuk hamba-hamba Allah yang beriman, bagi mereka nikmat-nikmat yang tidak pernah dibayangkan oleh akal fikiran, tidak pernah dilihat oleh mata, bunyi-bunyian yang tidak pernah didengar oleh telinga, rasa makanan yang tidak pernah dirasa oleh lidah.. dan sebagainya. Hatta ganjaran syurga yang paling rendah pun adalah amat besar sekali, dengan nikmat istana yang besar bersama 10,000 pelayan. Begitulah nikmat Allah swt bagi hambanya yang soleh, yang berjihad, yang bangun di tengah malam.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: