Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Kelab Remaja ISMA’

Sepang, 8 Mei 2010 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Hulu Langat telah berjaya menganjurkan ‘Seminar Kerjaya’ di Sekolah Menengah Teknik Sepang yang melibatkan kira-kira 200 orang pelajar tingkatan 5.

Antara objektif penganjuran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang-peluang yang ada untuk mereka ceburi selepas tamat alam persekolahan dan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh para pelajar untuk merebut peluang-peluang tersebut. Upacara perasmian telah dilakukan oleh pengetua sekolah, En. Supian Mahmood dan majlis ini turut dihadiri oleh En Khairudin Mohd Ali selaku setiausaha ISMA cawangan Hulu Langat.

Teruskan pembacaan…

Read Full Post »

Kepong, 20 Mac 2010 – Bersempena cuti sekolah, KRIM DHL menganjurkan rehlah KRIM puteri di Forest Research Institute of Malaysia(FRIM), Kepong hari ini. Seramai 17 orang peserta telah mengikuti rehlah ini dan berjaya melalui Titian Kanopi (Canopy Walkway)  yang merupakan antara tarikan utama di FRIM.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”… (Ali Imran, 190)

Selain bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli dan mencintai alam sekitar, rehlah ini juga diadakan untuk memastikan ahli KRIM puteri sentiasa melakukan riadhah untuk membentuk tubuh badan yang cergas dan disukai oleh Allah.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Bandar Baru Bangi, 26 Februari – Bertempat di Pejabat ISMA DHL, KRIM DHL telah berjaya menganjurkan Program Remaja Cintai Rasulullah saw bersempena MaulidurRasul yang bertujuan membawa remaja mengingati, mencintai dan menjadikan Rasulullah saw sebagai sebagai qudwah (ikutan) dalam kehidupan seharian.

Pengisian utama program ini disampaikan oleh Saudara Nazmie Abdul Razak yang berkisar tentang kemulian peribadi Rasulullah saw. Penyampaian yang diselangselikan dengan tayangan video-video teladan telah berjaya menarik perhatian remaja-remaja untuk menghayati keseluruhan penyampaian tersebut dengan penuh minat.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Pasukan Futsal KRIM DHL Kategori Bawah 18 Tahun

13 Mac 2010 – Adik-adik remaja pasukan Futsal Krim DHL Kategori Bawah 18 Tahun telah menjuarai pertandingan futsal dalam Karnival Sukan Remaja ISLAM (KASRIM) 2010 anjuran KRIM Shah Alam/Klang. Seramai 8 orang remaja telah mewakili cabaran KRIM DHL dalam kejohanan tersebut. Mereka terdiri daripada:

  1. Wan Shahrizal bin Shaharuddin
  2. Muhammad Afiq bin Abdul Rahim
  3. Amnan Ikhwan bin Zahir
  4. Tengku Muhammad Hazim bin Tengku Nikman
  5. Abdul Aziz bin Ahmad Shukor
  6. Muhammad Syazwan bin Rahman
  7. Noramin bin Abdul Wahid
  8. Muhammad Akhmal Hakim bin Mohammad Arif

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Qiyamullail dan solat berjemaah adalah antara latihan paling penting dalam MABIT

26 Februari 2010 – Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) ISMA DHL berjalan lagi dengan kejayaan mengumpul hampir 30 belia dan remaja dari sekitar Daerah Hulu Langat. MABIT pada kali ini dikendalikan oleh Saudara Nazif Emran.

Manusia yang terbaik adalah yang dapat menghayati, memahami, mempraktik dan mengajarkan ilmu yang diterimanya sebagaimana tanah subur yang dihujani air hujan dan menumbuhkan hasil dan memberi manfaat kepada makhluk-makhluk lain.”

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Read Full Post »

Anak-anak dan Al-Quran jangan dipisahkan

Anak-anak dan Al-Quran jangan dipisahkan

29-30 Ogos 2009 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) dengan kerjasama pihak Surau Al-Amin Seksyen 8 Bandar Baru Bangi telah berjaya menganjurkan program Remaja & Ramadhan (R&R) 1430H bertempat di surau berkenaan. Seramai 34 peserta berdaftar yang berumur antara 10 hingga 16 tahun telah menyertai program penghayatan Ramadhan tersebut.

Program telah dirasmikan oleh Dr Abdul Latif, Naib Pengerusi Surau Al-Amin. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Sabtu, 28 Mac – KRIM DHL puteri telah menganjurkan ‘Cupcake Class- Baking and Decoration’ yang bertempat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Kelas ini merupakan sebahagian daripada siri ‘Teen-Building Programs’ yang dirancang untuk diadakan sepanjang 2009 khusus untuk KRIM DHL puteri. Kelas ini telah dihadiri oleh seramai 12 peserta yang dikenakan bayaran sebanyak RM25 bagi setiap peserta. Tenaga pengajar profesional dijemput untuk memberi ‘hands-on training’ bermula daripada proses membuat kek hingga kepada hiasan.
(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: