Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Iftar’

ISMA Berbuka Puasa Dengan NGO-NGO Islam

BANDAR BARU BANGI – Sebuah majlis berbuka puasa bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada 23 Ogos 2010 di Hotel Residence sempena Ramadhan, sekaligus membuka peluang untuk duduk berbincang tentang perkara-perkara yang boleh dikongsi bersama.

Dalam majlis tersebut, Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA, telah memperkenalkan para ahli jawatankuasa ISMA kepada para hadirin serta menyatakan hasrat dan kesediaan untuk bekerjasama dalam menjalankan program-program yang boleh membawa manfaat bersama dalam usaha ISMA untuk merapatkan kerjasama dengan NGO-NGO lain.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Bandar Baru Bangi – ISMA DHL menganjurkan majlis berbuka puasa bersama penduduk di Surau Al-Islah, Seksyen 7 di sini pada 21 Ogos yang lalu sebagai sebahagian daripada siri program Kempen Nur Ramadan yang dilancarkan baru-baru ini.

Lebih kurang 300 hadirin yang terdiri daripada belia dan mahasiswa IPT, ahli qaryah surau, penduduk setempat dan peniaga-peniaga bazar Ramadan berhampiran telah menjayakan majlis ini.

Turut dijemput ialah Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang merupakan badan induk di sini serta NGO-NGO. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Ustaz Mohamad b Ismail dan para AJK ISMA DHL mengagihkan sumbangan kepada para penerima

Bandar Baru Bangi, 5 September – ISMA Cawangan Hulu Langat (DHL) dengan kerja sama Yayasan Ikhlas menganjurkan majlis Iftar Jama’ie bertempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAI BBB).  Sekitar 200 orang tetamu dan jemputan hadir ke majlis ini.  Para jemputan terdiri daripada wakil Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Majlis Perbandaran Kajang, para guru SRAI BBB, Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).  Tetamu lain terdiri daripada ahli, keluarga ahli dan mad’u yang terdiri daripada Institusi Pengajian Tempatan (IPT) sekitar Bangi.

Majlis Iftar ini turut dimeriahkan lagi dengan pemberian bantuan berbentuk sumbangan wang tunai dan hamper berisi makanan daripada Yayasan Ikhlas.  Penerima bantuan kali ini terdiri daripada wakil-wakil daripada Persatuan Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi dan anak-anak yatim SRAI BBB.  Yayasan Ikhlas telah ditubuhkan oleh Biro Dakwah dan Kebajikan ISMA.  Menurut  Pengerusi Yayasan Ikhlas, Ustaz Mohamad Ismail, Yayasan Ikhlas telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bertujuan menghulurkan sumbangan kebajikan untuk ahli-ahli ISMA dan bukan ahli di samping menyampaikan mesej dakwah kepada golongan sasaran. Ujar beliau lagi, “Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini akan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang mereka tanggung terutama sekali menjelang Eidul Fitri di bulan Syawal tidak lama lagi”.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Orang yang berpuasa memiliki 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka ia bergembira dengan berbukanya dan ketika bertemu Rabb-nya ia bergembira dengan puasanya (Riwayat Bukhari:1904)

Orang yang berpuasa mendapatkan dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan saat berjumpa Rabbnya

31 Ogos 2009, Fakulti Kejuruteraan UKM – Puasa bukanlah sekadar untuk merendahkan nafsu, malah untuk membebaskan diri kita dari kongkongan nafsu, seterusnya memerdekakan kita. Matlamat ibadah puasa adalah taqwa, dengan melakukan ibadah puasa dan memenuhi segala tuntutannya, ia sepatutnya mengangkat kita ke satu tahap yang lebih tinggi di sisi Allah swt. Demikian pesanan Ustaz Mohamad bin Ismail yang telah menyampaikan tazkirah di Surau Fakulti Kejuruteraan UKM sempena iftar yang dihadiri oleh ahli-ahli ISMA serta pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Lembah Klang.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: