Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Hari Raya’

Seperti tahun-tahun lepas, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sekali lagi menganjurkan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah di Aceh sempena Hari Raya Eidul Adha 1430H. Pada tahun ini juga ISMA akan memperluaskan program ini ke Padang dan Kemboja. Semua muslimin muslimat dijemput untuk mengambil bahagian.

Harga:-
1 bahagian Lembu = RM 380.00
1 Ekor Lembu = RM 2660.00
1 Ekor Kambing = RM 420.00

Cara Bayaran:-

1. Serahan Tunai
2. Bank-In ke akaun ISMA (Maybank a/c: 5622 1820 1823 – Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia)
3. Maybank2u (a/c: 1122 2319 8208 – Osman Md. Rasip)
4. Serahan Cek (atas nama “Ikatan Muslimin Malaysia”)

Berminat?! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kita bersyukur kepada Allah kerana sudah berjaya meyempurnakan Ibadah puasa di bulan Ramadan, berjaya menghidup malam-malamnya dengan solat tarawikh, qiamullail, dan beri’tikaf sebagai persediaan hidup kita di alam barzakh dan alam akhirat.

Allah memfardukan amal-amal ibadah secara khsusus kepada kita sebagai syiar untuk kita membuktikan keimanan dan ketaatan kita kepada Allah dan juga bertujuan supaya umat Islam dapat membersihkan jiwa mereka daripada dosa-dosa dan mengangkat mereka ke darjat seorang yang bertakwa.

Namun kejayaan kita mendapat Syurga Allah di hari akhirat dan terlepas daripada azab neraka hanyalah kurnian Allah dan RahamtNya juga . Walau banyak mana sekalipun amal ibadah kita; kita tidak akan mampu terlepas daripada azab Allah dan mendapat kurnia syurganya pada hari akhirat tanpa kurnian Rahmat dan keampunanNya .

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Read Full Post »

Orang yang berpuasa memiliki 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka ia bergembira dengan berbukanya dan ketika bertemu Rabb-nya ia bergembira dengan puasanya (Riwayat Bukhari:1904)

Orang yang berpuasa mendapatkan dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan saat berjumpa Rabbnya

31 Ogos 2009, Fakulti Kejuruteraan UKM – Puasa bukanlah sekadar untuk merendahkan nafsu, malah untuk membebaskan diri kita dari kongkongan nafsu, seterusnya memerdekakan kita. Matlamat ibadah puasa adalah taqwa, dengan melakukan ibadah puasa dan memenuhi segala tuntutannya, ia sepatutnya mengangkat kita ke satu tahap yang lebih tinggi di sisi Allah swt. Demikian pesanan Ustaz Mohamad bin Ismail yang telah menyampaikan tazkirah di Surau Fakulti Kejuruteraan UKM sempena iftar yang dihadiri oleh ahli-ahli ISMA serta pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Lembah Klang.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: