Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Belia’

Satu gagasan yang besar yang  ingin dipikul oleh organisasi unik ini ialah untuk “Membina Generasi Harapan”. Satu generasi yang mampu membangunkan ummah berlandaskan tamadun Islam dan keadilan bersama. Tergambar di benak kita tamadun Islam beratus tahun dahulu antaranya Kordova, Istanbul, Baghdad dan Madinah al-Munawarah yang kini hampir dilupakan umat. Apakah ciri-ciri yang ada pada generasi yang hebat ini sehingga mampu melahirkan satu tamadun yang hebat?

Dalam realiti Malaysia, kekaburan metodologi membangun ummah menyebabkan identiti umat ini tergadai. Pergeseran fahaman dan ideologi merumitkan lagi usaha-usaha pembangunan. Membangunkan bangsa disifatkan sebagai rasisme bahkan assabiyah perkauman yang salah menurut tafsiran sesetengah pihak. Begitu juga dengan kebejatan gejala sosial yang mereputkan dan menghapuskan keseluruhan identiti bangsa. Kesemua ini adalah gambaran bebanan dan halangan-halangan yang perlu diharungi usaha-usaha Membina Generasi Harapan.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

B.B.Bangi, 20 Nov – Siri Malam Bina Iman & Taqwa (MABIT) ISMA DHL diteruskan lagi dengan tema MABIT kali ini berkisar tentang mengenali nafsu & mujahadah menentangnya. Program MABIT ini telah dihadiri lebih 20 belia dari pelbagai IPT di sekitar Daerah Hulu Langat & Sepang.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Latihan bola keranjang, bola tampar dan bolasepak

Bangi, 15 November – Seawal subuh, para atlit ISMA DHL telah berkumpul di Masjid UKM untuk menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah yang diadakan. Tepat jam 7.00 pagi, senaman memanaskan badan dimulakan dengan diketuai oleh Ustaz Mohamad bin Ismail. Masing-masing kemudian menuju ke padang/gelanggang untuk memulakan latihan berasingan berdasarkan permainan yang dipertandingkan.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Para jurutera ISMA, kini dan akan datang

Para jurutera ISMA, kini dan akan datang

Bandar Baru Bangi, 6 Julai – Satu program yang diberi nama “Jurutera Di Jalan Dakwah” telah berlangsung di Pejabat ISMA Bandar Baru Bangi dengan kehadiran hampir 30 orang peserta, termasuk jurutera-jurutera dari kalangan ahli ISMA Hulu Langat, mahasiswa-mahasiswa jurusan kejuruteraan dari IPT-IPT sekitar Hulu Langat, Sepang dan Banting serta beberapa pelajar sekolah. Program ini adalah satu bentuk perkongsian pengalaman dari kalangan jurutera-jurutera ISMA Hulu Langat untuk memberi pendedahan kepada para jurutera, mahasiswa & para pelajar tentang alam kerjaya sebagai jurutera yang turut bergiat dalam aktiviti dakwah Islam. (selanjutnya…)

Read Full Post »

MABIT dihadiri belia-belia dan remaja dari sekitar Hulu Langat

MABIT dihadiri belia-belia dan remaja dari sekitar Hulu Langat

MABIT telah berjalan dengan lancar pada malam 30 Mei 2009 bertempat di Pejabat ISMA Cawangan Daerah Hulu Langat (DHL). Program MABIT ini merupakan program besar pertama yang dianjur di pejabat baru ISMA DHL yang baru sahaja dilengkapkan dengan  peralatan dan perabut, terutama di dewan seminar. MABIT dihadiri belia-belia serta remaja-remaja dari sekitar daerah Hulu Langat.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: