Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘azan’

Ketika belajar dahulu, saya pernah menyewa sebuah rumah apartment enam tingkat yang berdekatan dengan sebuah gereja. Apartment yang  bertentangan dan menghadap bilik saya, betul-betul bersebelahan serta berkongsi dinding dengan gereja tersebut. Maknanya selama dua tahun, hari-hari telinga saya disumbat dengan dentingan loceng-loceng. Menariknya di sebelah gereja pula ialah masjid yang hanya dipisahkan dengan lorong kecil, yang mana pintu masuknya benar-benar bertentangan dengan pintu masuk gereja. Pelik bukan? Saya tidak terfikir Malaysia boleh buat sebegini untuk waktu sekarang.

Namun, Alhamdulillah walau telinga saya sudah lali dengan bunyi loceng tersebut, tidak pernah sekalipun hati saya terpesona dengan bunyian tersebut.Ini berbeza dengan laungan azan yang juga kuat berkumandang dari corong menara masjid sebelahnya. Biarpun azan tersebut lazimnya tiada memberi kesan yang nyata atau selalu buat dono sahaja, namun sekali sekala ia menyentuh juga hati yang terleka. Seakan-akan ada rasa perasaan yang lain macam apabila menghayatinya dan ia sukar diterjemahkan. Malah di Mesir selalunya meriah dengan seruan azan yang saling bersahutan dari setiap corong masjid-masjid yang sangat berdekatan.

Tahukah kita bagaimana seruan azan ini disyariatkan?

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: