Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘1000 bulan’

Seorang yang waras akalnya dan kesihatannya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pendapatan sebanyak mungkin bagi kehidupan sehariannya. Tanpa mengira penat lelah, kerja 24 jam sehari, melabur dalam pelbagai bentuk saham, semata-mata untuk merebut ganjaran yang maksima.

Begitu juga seorang yang waras imannya, sudah pastinya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk merebut ganjaran yaumul akhirat yang hanya dikurniakan untuk ummat Muhammad s.a.w. Ya!! Allah swt telah menganugerahkan malm al-qadr untuk ummat istimewa ini. Bertemasya bersama para malaikat di langit tinggi, bermunajat, berzikir, beristighfar dan mengharapkan belas dan rahmah penciptaNya. Pada malam itu hanya dia dengan RabNya merintih memadu kasih seorang hamba.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: