Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Remaja’ Category

Bandar Baru Bangi, 15 Februari 2009 – Alhamdulillah, KRIM DHL dengan kerjasama Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi telah menganjurkan Program Qiyamullaiul di surau tersebut pada Sabtu, 14 Februari 2009.  Program berbentuk kerohanian ini yang julung kali diadakan bagi golongan remaja di sekitar surau tersebut adalah merupakan siri kedua jelajah KRIM DHL di surau-surau di sekitar Daerah Hulu Langat dalam tempoh setahun.

Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Hubungi: Khairul Rizan (013-2602678), Khairuddin (019-2677180) atau Lizal Iswady (013-2525869)

Read Full Post »

Anjuran: Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM), Cawangan Daerah Hulu Langat

Read Full Post »

Tempat: Pejabat ISMA Bangi (atas Restoran Amir, belakang hospital Az-Zahrah)
Tarikh: 17 Jan 09 (Sabtu)
Masa: 9.00 mlm (Sabtu) – 7.30 pagi (Ahad)
Tema: Remaja Soleh, Insan Musleh
Pengisian: Trilogy: Hijrah | Hari Asyura | Terkini Gaza oleh Ust Muthalib

Makanan: Supper dan sarapan pagi disediakan.
Masuk: Percuma.

Program berakhir dengan riadhah bersama di padang bola UKM pada 8.00 pagi Ahad.

Read Full Post »

Kem Boyz II Men

Saksikanlah video Kem Boyz II Men di Kem Herba, Sungai Congkak, Hulu Langat, 14-16 November 2008.

Read Full Post »

Pada tahun 2006, KRIM DHL telah mengadakan perkhemahan di Gunung Nuang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh peserta remaja dari sekitar Kajang dan Bangi.

Selain menggambarkan aktiviti perkhemahan tersebut, klip video berikut juga mengandungi tazkirah di akhir perkhemahan yang disampaikan oleh Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL.

Read Full Post »

Kajang, 16 Feb – Program telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Antara lain, program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran pelajar terhadap sejarah kegemilangan dan ketamadunan Islam, menanamkan semangat menjadi seorang muslim yang sebenar dan beramal dengan ajaran Islam.

Seramai 20 orang peserta putera dan 41 orang peserta puteri telah menghadiri kursus kali ini. Mereka terdiri daripada ahli badan dakwah dan rohani (BADAR), ketua pelajar (Pengawas), pemimpin rakan sebaya (PRS), dan AJK asrama.

Kursus dimulakan dengan kata-kata aluan Pengarah KRIM DHL memperkenalkan AJK KRIM DHL dan fasilitator bertugas. Kemudian, slot pertama bertajuk “Menyusuri sejarah hadharah Islam” dibentangkan oleh Saudara Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad dari AUSIS dan ISMA Melaka membawa pelajar kepada seerah nubuwwah dalam membina generasi awal Islam. Generasi awal Islam ditarbiyah dengan aqidah yang mantap dan keimanan yang jitu.

Seterusnya, slot kedua tajuk yang sama disusuri dengan sejarah pengembangan Islam zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, perluasan kuasa empayar Islam oleh Khilafah Umaiyah dan kemuncak kegemilangan hadharah Islam di era Khilafah Abassiyah I. Di penghujung ceramah, peserta diajak bersama berfikir tentang realiti yang melanda umat Islam di masa kini dan bagaimana peranan boleh dimainkan oleh setiap individu tanpa seorang pun yang berkecuali.

Pada sebelah petang, kursus diteruskan dengan sesi bengkel yang dikelolakan oleh fasilitator untuk peserta (yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan peserta putera dan puteri) yang bertujuan memastikan peserta benar-benar faham tentang mesej yang disampaikan oleh penceramah pada sesi sebelah pagi. Di atas kefahaman ini, sesi perbincangan dalam bengkel diharap dapat membangkitkan semangat dan kesedaran peserta atas tanggungjawab beramal oleh setiap individu bagi memastikan Islam bangkit semula dan berada di tempat yang sepatutnya iaitu menjadi pemimpin dan peneraju dunia.

Di penghujung kursus, wakil daripada setiap kumpulan telah diminta tampil ke hadapan membentangkan pelan tindakan yang telah dibincangkan dan dipersetujui dalam sesi bengkel untuk dilaksanakan selepas tamat kursus. Pada keseluruhannya kursus ini menepati sasaran objektif yang telah ditetapkan dan para peserta juga masing-masing berpuas hati dengan perjalanan kursus.

Read Full Post »

Gombak, 8-10 Dis. – Kem Remaja ISMA (KERIS) 2007 yang telah diadakan di Kem Rebutia , Gombak telah menarik minat seramai 132 orang peserta remaja di sekitar Hulu langat, Petaling Jaya, Gombak, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.
Program perkhemahan yang bertemakan “Remaja Aset Negara Di Hari Muka” ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam, sambil mendedahkan para peserta remaja kepada aspek-aspek pemantapan jatidiri seperti disiplin, kerjasama berpasukan, iltizam dan motivasi remaja.

Program ini telah dirasmikan oleh saudara Mohd Noor Azib Asmangi selaku pengarah KRIM Pusat.

[Aktiviti-aktiviti fizikal menjana jati diri]

Para perserta telah dibahagikan kepada beberapa kem-kem kecil dan diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan. Setiap kem-kem kecil mempunyai ketua kem (kapten) yang dilantik di kalangan pasukan remaja sendiri. Ini secara tidak langsung melatih remaja-remaja terbabit akan aspek kepimpinan dan memberi arahan kepada platun-platun kecil dibawahnya sambil diselia oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator.

Kem komandan bagi putera dan puteri juga telah dilantik untuk mengawal keseluruhan kem-kem.

Aktiviti-aktiviti ‘obstacle games’, kawad dan aktiviti-aktiviti luar yang lain seperti ‘jungle trekking’ dan ‘war games’ (bagi putera) telah disusun agar dapat mendedahkan para remaja daripada segi aspek kekuatan fizikal, mental dan disiplin yang tinggi.

[Pengisian ruhiyah ke arah melahirkan muslim soheh]

KERIS 2007 juga menekankan aspek ilmu dan motivasi melalui slot-slot ceramah, tazkirah dan motivasi bagi memberi input kepada remaja agar lebih menjadi remaja yang bersemangat dan berwawasan.

Tenaga penting bagi menjalankan program ini terdiri daripada para urusetia dan ajk yang tidak mengenal erti penat dan lelah. Daripada urusetia memasak (Aziz, Hafiz, Farid, Soleh & Hakim) urusetia program ( Fizhi – Kem Komandan Putera, Aizat, Ihsan, Khairudin, Idris, Firdaus & Yudi) urusetia puteri dan ramai lagi yang turun membantu. Semoga ALLAH SWT membalas sumbangan wang dan masa yang telah mereka korbankan dan semoga program ini diberkati ALLAH SWT.

Majlis penutup program KERIS 2007, KERIS Zon Tengah, telah disempurnakan oleh saudara Mohd Noor Azib Asmangi.

[Zikrullah melembutkan hati dan lidah mengingat Allah]

 

Read Full Post »

Remaja dan Ramadhan II

Masjid Al-HasanahBandar Baru Bangi, 22-23 Sept – ISMA Hulu Langat telah menganjur satu program ihya’ Ramadhan bersama para remaja yang diberi nama Remaja dan Ramadhan II. Program ini yang merupakan siri kedua dari tahun lepas telah berjaya menarik seramai 30 orang peserta dan mendapat kerjasama penuh dari pihak Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi, selaku penyedia tempat dan kemudahan program.

Ucapan Setiausaha Masjid, Tn Hj Wan Abdul RashidProgram telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Abdul Rashid selaku setiausaha Masjid Hasanah, sambil menyatakan harapan supaya ISMA akan terus menganjurkan program di masjid tersebut agar masjid akan kembali semula menjadi pusat ilmu dan ibadah, bukan sekadar tempat solat. Beliau juga berharap lebih banyak lagi NGO yang akan turun padang mendidik remaja dan anak-anak sebagaimana yang dilakukan oleh ISMA kerana ini sangat perlu memandangkan akhlak remaja kini yang semakin hari semakin dibimbangi.

Penyampaian dimulakan oleh Dr. Yusof Abbas, penulis buku “Biomekanik Solat”, yang telah menerangkan bagaimana puasa dapat memberi kesan kepada kesihatan dan minda serta emosi. Puasa melatih disiplin, memupuk azam yang tinggi, kesungguhan dan daya juang dan motivasi dalam diri. Beliau juga telah berkongsi tip-tip untuk khusyuk dalam solat bersama adik-adik peserta program.

Dr. Yusof Abbas. penulis buku 'Biomekanik Solat' Para peserta

Pada malamnya, masa para peserta diisi dengan program hafazan Quran, tadarus serta qiyamullail.

Hari kedua bermula dengan slot Kisah Sahabat yg masyhur -Mus’ab bin Umair- yang disampaikan oleh Ustaz Muthalib selaku wakil dari World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Diikuti dengan kuiz Ramadhan dan peraduan hafazan surah Al-Kahfi.

Majlis penutup, penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh YDP ISMA Hulu Langat, Ustaz Annuar Salleh. Program tamat sebelum solat Asar.

Dari maklumbalas yang diterima, sebilangan besar peserta telah mengisi borang untuk menyertai Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan menyatakan minat untuk mengikuti program KRIM di masa akan datang. Secara keseluruhannya, program telah mencapai objektif yang telah disasarkan.

 

Read Full Post »

Bandar Baru Bangi 21-22 Julai – ISMA Hulu Langat telah berjaya menganjurkan program motivasi mirip MAP Training yang diberi nama Program Gergasi Minda yang mensasarkan golongan remaja. Program ini turut menarik penyertaan remaja dari kawasan lain seperti kawasan Gombak dan Shah Alam. ISMA Gombak telah menghantar seramai 19 orang wakil remaja untuk menyertai program ini.

Belajar POWER!!!Program dikendalikan oleh pakar motivasi dari utara tanah air iaitu Tn Hj Mohd Arif yang berjaya memberi penyampaian yang padu, menarik dan menyentuh perasaan. Program ini bertujuan bagi membina kekuatan dalaman remaja dalam menghadapi cabaran kehidupan dan kepentingan pelajaran dalam mencapai kebahagiaan masa depan.

Remaja juga diingatkan tentang betapa pentingnya perasaan hormat dan kasih sayang yang perlu dicurahkan kepada ibubapa mereka. Pelajar dibayangkan tentang asal kejadian mereka dan bagaimana pengorbanan yang dicurahkan oleh ibubapa dalam membesarkan dan mendidik mereka.

Interaktif!Selain itu prasyarat yang lain untuk mencapai kecemerlangan ialah hubungan erat setiap pelajar dengan Allah s.w.t. Terutamanya dari sudut solat dan doa. Sesungguhnya tiada nilainya kecemerlangan tanpa ketaatan kepada Allah swt.

Seterusnya prasyarat yang turut ditekankan ialah berakhlak mulia terutamanya dengan keluarga, guru-guru, orang yang lebih tua dan rakan sebaya. Akhlak adalah cerminan kepada keperibadian dan nilaian keilmuan kepada seseorang. Kecemerlangan tanpa akhlak ibarat buah yang cantik tetapi pahit rasanya.

Peserta yang ditemui selepas program memberi maklum balas yang baik dan mereka merasakan program ini amat bermanfaat. Malah mereka melahirkan hasrat untuk mengikuti program-program seterusnya yang telah dirancang oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM).

 

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »

%d bloggers like this: