Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Ikatan Muslimin Malaysia’ Category

Para peserta perkhemahan

Julai 24-26, Hulu Yam, Selangor – Para ahli ISMA DHL berkampung bersama ahli-ahli ISMA dari Gombak, Shah Alam dan Klang di The Woods Resort di sini dalam satu program perkhemahan tahunan untuk ahli-ahli yang berada dalam lingkungan zon tengah Malaysia.

Perkhemahan diisi dengan aktiviti fizikal, mental serta ruhi untuk menguji ketahanan dan kefahaman para ahli dalam dakwah yang dibawa oleh ISMA kepada masyarakat. Dengan kerjasama yang baik dari pihak Resort, aktiviti-aktiviti telah dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Para peserta berpeluang melakukan ‘jungle trekking’ sambil belajar ilmu-ilmu baru dalam hutan di bawah bimbingan guide bekas tentera yang terlatih yang disediakan oleh pihak Resort. Tahap fitness juga diuji dengan aktiviti sukan seperti lumba lari, gusti dan sebagainya. (selanjutnya…)

Read Full Post »

"Zionis dengan sengaja mempromosikan idola-idola mereka khususnya idola-idola yang merosakkan iman manusia, supaya menjadi ikutan masyarakat manusia." - Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL

Pengaruh seseorang duah (pendakwah) atau organisasi dakwah memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada masyarakat untuk diikut sebagai qudwah (contoh ikutan).

Setelah pentarbiyahan dilakukan secukup-cukupnya dalam bab-bab ikhlas, kerja-kerja mempromosikan dakwah serta pimpinannya adalah perlu di marhalah infitah ini. Namun sekiranya para da’ie tidak keluar dan mendengar pujian orang, mereka tidak akan tahu menilai diri masing-masing sama ada diri sendiri ikhlas atau tidak. Apabila kita dipuji, ketika itulah kita dapat menyedari dan mengukur tahap keikhlasan kita.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

MABIT dihadiri belia-belia dan remaja dari sekitar Hulu Langat

MABIT dihadiri belia-belia dan remaja dari sekitar Hulu Langat

MABIT telah berjalan dengan lancar pada malam 30 Mei 2009 bertempat di Pejabat ISMA Cawangan Daerah Hulu Langat (DHL). Program MABIT ini merupakan program besar pertama yang dianjur di pejabat baru ISMA DHL yang baru sahaja dilengkapkan dengan  peralatan dan perabut, terutama di dewan seminar. MABIT dihadiri belia-belia serta remaja-remaja dari sekitar daerah Hulu Langat.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Ahli-ahli ISMA perlu berani mempromosikan fikrah dan imej ISMA kepada masyarakat seiring dengan konsep penggarapan umum yang diwar-warkan, lebih-lebih lagi ISMA membawa agenda yang unik dalam mengemukakan penyelesaian-penyelesaian kepada masalah yang dideritai umat hari ini. Demikian amanat yang ditegaskan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA dalam ’Muzakarah JKP-YDP’ yang telah berlangsung pada 11 April 2009 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
(selanjutnya…)

Read Full Post »

« Newer Posts

%d bloggers like this: