Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Dunia Islam’ Category

Rakyat Malaysia dijemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari

Objektif:

  1. Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
  2. Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
  3. Mengutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Read Full Post »

DOHA- Ulama Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dari Maghribi hinggalah ke Indonesia untuk mempertahankan semenanjung Gaza dan melindungi tanah-tanah Islam dari pihak musuh.

“Memberi sokongan dan perlindungan kepada rakyat Palestin adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu Muslim mengikut keupayaan masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang terkecuali dari tanggungjawab ini”, tegas Qardawi dalam ucapannya sebelum demonstrasi besar-besaran menyokong Gaza diadakan di Doha.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Bangi, 31 Disember 2008 – Serangan terbaru tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza merupakan serangan paling buruk pernah dilancarkan dalam konflik Palestin-Israel sejak tahun 1967. Akibat serangan yang bertalu-talu ini, sehingga hari ketiga, Israel telah membunuh seramai 364 orang rakyat Palestin dan mencederakan lebih daripada 1650 orang lagi. Sekiranya serangan ini berterusan, sudah pasti angka-angka ini akan meningkat secara mendadak.

Justeru ISMA menyeru rakyat Malaysia agar bersatu hati dengan penduduk Gaza yang sedang mengharungi detik-detik sengsara. ISMA berharap masyarakat Malaysia, terutamanya Muslim, akan lebih peka terhadap saudara-saudara seIslam di Palestin yang berusaha siang malam mempertahankan Masjid Al-Aqsa. ISMA juga berharap agar rakyat Malaysia bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan, terutama bantuan kewangan melalui NGO atau badan-badan yang dapat menyalurkan sumbangan tersebut terus kepada rakyat Palestin.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

« Newer Posts

%d bloggers like this: