Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Ahli’ Category

BANGI, 15 Oktober 2010 – Malam Bina Iman & Taqwa (MABIT) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat (ISMA DHL) kali ini berlangsung dengan tema keruhanian yang unik: Jangan bertangguh untuk bertaubat. Program MABIT kali ini diterajui Saudara Aizuddin Khalid, Ketua Biro Pembangunan Belia ISMA DHL, dan dihadiri lebih 20 belia dari institusi-istitusi pengajian tinggi serta sekolah-sekolah di sekitar Bangi.

Pengisian siri MABIT kali ini disampaikan oleh Ust Salman Abdul Rahman yang membentangkan kisah Fudhail bin Iyyad dari generasi awal dalam sejarah Islam. Fudhail pada zaman gelapnya merupakan seorang perompak yang menyamun kafilah-kafilah dagang. Beliau amat digeruni sehingga laluan pedagang yang selalu dirompaknya terkenal dengan nama  “Jalan Fudhail”. Namun disebalik keganasan beliau, beliau mempunyai sudut hati yang lembut apabila jatuh cinta kepada seorang wanita. Pada satu malam, ketika beliau ingin memasuki rumah wanita tersebut untuk mengganggunya, beliau terdengar suara orang membaca Surah Al-Hadid, ayat 16 yang menyentuh dan menginsafkannya.

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. (57:16)

Beliau lantas bertaubat dan berubah menjadi seorang yang soleh, zuhud dan wara’. Beliau turut terkenal dengan gelaran ahli ibadah Haramain. Ramai ulama’ dan sahabat-sahabat Fudhail (spt Abdullah bin Mubarak) menjadi saksi akan kebaikan-kebaikannya yang dirakam dalam sejarah. Perubahannya sangat mengagumkan sehingga diletakkan sebagai tokoh No.1 dalam buku “Tokoh yang membuat aku terpegun”, karangan Said Ramadhan Al-Buti.

Taubat dan perubahan Fudhail inilah menjadi modal perbincangan MABIT kali ini. Ayat 57:16 turut menjadi ayat hafalan para peserta MABIT agar sentiasa menjadi inspirasi, ingatan dan seruan kepada taubat.

Sesudah pengisian Ust Salman, MABIT diteruskan dengan tadarus Al-Quran diikuti tasmi’ ayat hafalan sebelum para peserta dibenarkan tidur. Para peserta kemudian dikejutkan seawal jam 4 pagi untuk qiamullail bersama. Program disambung dengan solat Subuh berjemaah dan bacaan ma’thurat beramai-ramai.

Sebelum bersurai, saudara Aizuddin menutup program dengan tadabbur ayat 57:16. Beliau turut membawakan dalil-dalil yang menyeru agar berlumba dan bersegera kepada kebaikan dan akibat-akibat menangguhkan taubat.

MABIT bulanan adalah antara program tarbiyyah tetap anjuran ISMA DHL yang bertujuan memupuk & mendekatkan hubungan sebagai hamba kepada Allah SWT melalui pengisian-pengisian dan aktiviti ibadah.

Media ISMA DHL

Read Full Post »

Para peserta bersama jemaah masjid UIA bersama-sama membaca ma'thurat selepas solat subuh

Gombak – Seramai lebih kurang 80 ahli ISMA dan PEMBINA dari Cawangan Hulu Langat telah  menyertai program Iktikaf Perdana Zon Tengah di Masjid Universiti Islam Antarabangsa pada 4 September 2010.

Program ini telah disertai oleh hampir 300 orang ahli-ahli PEMBINA dan ISMA zon tengah yang terdiri daripada cawangan-cawangan Gombak, Hulu Langat, Shah Alam dan Klang.

Ini merupakan jumlah peserta paling ramai pernah dicapai sejak ‘pesta ibadah’ Ramadhan tahunan ini diadakan oleh ISMA sejak beberapa tahun lepas. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Para peserta bergambar di perkarangan Masjid Sultan Mizan

Putrajaya, 31 Ogos – Para aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Hulu Langat bersama rakan-rakan dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 dengan mengadakan satu program berjalan kaki sekitar kawasan Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) di Putrajaya sejauh 5 km untuk mengambil iktibar dan menghayati perjuangan Perang Badar sebagaimana yang tercatat dalam sirah Rasulullah s.a.w.

Aktiviti ini adalah sebahagian daripada program tahunan bulan Ramadhan yang dikenali sebagai Kembara Badar, telah disertai oleh lebih 100 orang peserta dan memberi peluang kepada para peserta untuk saling berkenalan dan menjalin ukhuwwah di sepanjang perjalanan.

Ustaz Annuar Salleh, Yang Dipertua ISMA Cawangan Hulu Langat, dalam penyampaiannya semasa kembara tersebut, menekankan beberapa pengajaran yang dapat diambil daripada kemerdekaan Malaysia dan peperangan Badar yang dinyatakan dalam surah Al-Anfal.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Puisi buat Nu’man & Shahril
————————-

Sahabat,

Lukamu di badan, sebakku di hati
Tika kau terlantar, di luar ramai menanti
Ingin melihat raut senyummu sekali lagi
Sebagai pelita kerunsingan hati

Di kala musibah melanda
Kematian adalah putus asa
Kehidupan adalah semangat waja
Sabar rahsia mengharunginya

Setiap kisah adalah pengalaman
Untuk menyinarkan lagi pedoman
Kerna kata-kata mati dari pengertian
Kiranya darah kita tidak dialirkan

Sahabat,

Kugenggam tanganmu erat
Ibarat kekasih menyalur azimat
Moga dikau kan terus kuat
Dan dijalan dakwah kau tsabat

* Aizuddin *
..tak pernah rasa rugi menapak jalan ini..
http://addinkhalid.wordpress.com

Read Full Post »

Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL, bersama para ahli yang hadir

Bandar Baru Bangi, 30 Mei 2010 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Hulu Langat telah mengadakan satu majlis ramah mesra bagi mengalu-alukan seramai 18 orang ahli baru. Mereka telah diraikan dalam satu majlis ringkas tetapi meriah. Turut hadir bersama dalam majlis ini adalah YDP, NYDP, AJK ISMA DHL dan sebahagian ahli ISMA DHL.

Dalam ucapan aluan-aluannya, YBhg Ustaz Annuar bin Salleh, YDP ISMA DHL telah berkata, “Kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Kita mendapat nikmat ukhuwwah fillah. Kita bertemu di atas kefahaman manhaj taghyir (manhaj perubahan berdasarkan gerak kerja individu). Kita memelihara amal dakwah dalam semua suasana”. (selanjutnya…)

Read Full Post »

6 Mac 2010, Bandar Baru Bangi – “Foto yang cantik tidak semestinya dari kamera yang mahal”. Kata-kata tersebut merupakan pembuka bicara Saudara Ikram Badarudin sebagai ‘trainer’ dalam Kursus Asas Fotografi anjuran Biro Wanita ISMA DHL. Bertempat di Pejabat ISMA DHL, kursus ini  telah menarik minat seramai 27 peserta yang terdiri ahli ISMA DHL dan kawasan sekitar yang mana majoriti peserta adalah dari KRIM dan PEMBINA.

Seiring dengan perkembangan produktif dalam ISMA sendiri, ISMA banyak menganjurkan program-program yang memerlukan publisiti meluas. Selain poster, banner dan pamplete, ahli ISMA juga perlu tampil dengan bahan-bahan media yang menarik dan kreatif. Justeru, fotografi adalah satu kemahiran yang penting untuk meningkatkan keberkesanan medium-medium penyebaran yang penting ini. Selain itu, dengan fotografi juga, dakwah dapat disebarkan dengan lebih cepat dan berkesan kerana adakalanya gambar-gambar lebih efektif dalam menyampaikan mesej tertentu berbanding medium lain. Kursus selama dua jam ini dirancang dengan objektif untuk melahirkan ahli ISMA yang menguasai teknik asas fotografi bagi menghasilkan foto-foto yang berkualiti bagi tujuan tersebut. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kelas Bahasa Arab dibimbing oleh Ustaz Rusydi Alias

Pada setiap minggu semenjak sebulan yang lalu, ISMA menganjurkan Kursus Bahasa Arab bagi ahli-ahli yang belum mempunyai kemahiran membaca dan bertutur dalam Bahasa Arab. Dengan matlamat untuk memberi kemahiran kepada para ahli membaca dan memahami tulisan-tulisan dalam Bahasa Arab, kursus ini baru dimulakan dengan kumpulan pertama yang terdiri daripada 30 orang ahli dari Hulu Langat, Shah Alam, Gombak dan Seremban. Tenaga pembimbing ialah Ustaz Rusydi Alias, Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia ISMA Pusat sendiri yang berpengalaman menjalankan modul pengajian Bahasa Arab lebih 5 tahun.

ISMA benar-benar berharap dapat melahirkan golongan professional yang mampu membaca dan merujuk bahan-bahan dalam bahasa Arab yang merupakan sumber utama ilmu Islam bagi memantapkan lagi tarbiyah dan keefektifan dakwah”..

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Latihan bola keranjang, bola tampar dan bolasepak

Bangi, 15 November – Seawal subuh, para atlit ISMA DHL telah berkumpul di Masjid UKM untuk menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah yang diadakan. Tepat jam 7.00 pagi, senaman memanaskan badan dimulakan dengan diketuai oleh Ustaz Mohamad bin Ismail. Masing-masing kemudian menuju ke padang/gelanggang untuk memulakan latihan berasingan berdasarkan permainan yang dipertandingkan.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Ustaz Mohamad b Ismail dan para AJK ISMA DHL mengagihkan sumbangan kepada para penerima

Bandar Baru Bangi, 5 September – ISMA Cawangan Hulu Langat (DHL) dengan kerja sama Yayasan Ikhlas menganjurkan majlis Iftar Jama’ie bertempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAI BBB).  Sekitar 200 orang tetamu dan jemputan hadir ke majlis ini.  Para jemputan terdiri daripada wakil Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Majlis Perbandaran Kajang, para guru SRAI BBB, Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).  Tetamu lain terdiri daripada ahli, keluarga ahli dan mad’u yang terdiri daripada Institusi Pengajian Tempatan (IPT) sekitar Bangi.

Majlis Iftar ini turut dimeriahkan lagi dengan pemberian bantuan berbentuk sumbangan wang tunai dan hamper berisi makanan daripada Yayasan Ikhlas.  Penerima bantuan kali ini terdiri daripada wakil-wakil daripada Persatuan Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi dan anak-anak yatim SRAI BBB.  Yayasan Ikhlas telah ditubuhkan oleh Biro Dakwah dan Kebajikan ISMA.  Menurut  Pengerusi Yayasan Ikhlas, Ustaz Mohamad Ismail, Yayasan Ikhlas telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bertujuan menghulurkan sumbangan kebajikan untuk ahli-ahli ISMA dan bukan ahli di samping menyampaikan mesej dakwah kepada golongan sasaran. Ujar beliau lagi, “Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini akan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang mereka tanggung terutama sekali menjelang Eidul Fitri di bulan Syawal tidak lama lagi”.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Saudara Mohd Nor Azib Asmangi, NYDP ISMA DHL, menyampaikan duit raya

Saudara Mohd Noor Azib Asmangi, NYDP ISMA DHL, menyampaikan duit raya

Bandar Baru Bangi, 10 Oktober – ISMA Cawangan Hulu Langat (DHL) menganjurkan Haflah Aidilfitri pada tahun ini buat julung kalinya di pejabat baru di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Tetamu jemputan kali ini terdiri daripada wakil-wakil Persatuan Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi, Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina).  Di samping itu juga, para ahli beserta seisi keluarga masing-masing dan rakan taulan turut memeriahkan sambutan Aidilfitri ini yang dianjurkan secara sederhana.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: