Dikirim dalam Am | Tagged Fikrah Islamiyah, Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, Kemerdekaan, Merdeka, Ustaz Abdullah Zaik | Leave a Comment »
28 Ogos 2009 / 7 Ramadhan 1430 – Kelab Remaja ISMA Cawangan Hulu Langat (KRIM DHL) Puteri dengan kerjasama Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC) telah berjaya menganjurkan satu program bersempena Ramadhan dan Hari Kemerdekaan ke-52 bertemakan ‘Remaja, Ramadhan dan Merdeka’ bertempat di ibu pejabat AMPAC. Program ini telah disertai 20 remaja puteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Objektif utama program ini adalah bukan sahaja untuk memberi pengisian spiritual tentang amalan-amalan dalam bulan ramadhan malah untuk memberi peluang kepada para peserta untuk merealisasikan yang dipelajari ke dalam bentuk amal perbuatan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Di samping itu, pengisian tentang kemerdekaan dari persektif Islam turut diberikan agar para peserta sedar akan nikmat kemerdekaan dan menggunakan nikmat ini dengan sebaik-baiknya untuk terus memperbaiki diri menjadi muslim yang semakin baik daripada hari ke hari. Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Remaja | Tagged Aman Palestin, AMPAC, Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy, Fikrah Islamiyah, Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, Kelab Remaja ISMA DHL, Ramadhan, Remaja | Leave a Comment »
Alhamdulillah setingi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah swt kerana mengizinkan kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada kali ini, insyaAllah. Berbahagialah mereka yang melalui Ramadhan dan mendapatkan rahmat, keampunan dan kebebasan dari Api Neraka-Nya.
Ya Allah, Ballighna Ramadhan!
Di antara amalan generasi salaf ialah mereka saling mengucapkan selamat dan bermaaf-maafan sesama saudaranya ketika memasuki Ramadhan.
Sehubungan dengan itu, saya mewakili seluruh warga ahli jawatankuasa ISMA DHL dan ahli keluarga kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dan memohon kemaafan dari semua di atas sebarang kesalahan dan kelemahan kami selama ini.
Bersama-sama kita letakkan azam agar Ramadhan kali ini akan menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa. Aminn!
Mohd Noor Azib Asmangi
Naib Yang Dipertua ISMA DHL
Dikirim dalam Am | Tagged Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, Mohd Noor Azib Asmangi, Ramadhan | Leave a Comment »
Julai 24-26, Hulu Yam, Selangor – Para ahli ISMA DHL berkampung bersama ahli-ahli ISMA dari Gombak, Shah Alam dan Klang di The Woods Resort di sini dalam satu program perkhemahan tahunan untuk ahli-ahli yang berada dalam lingkungan zon tengah Malaysia.
Perkhemahan diisi dengan aktiviti fizikal, mental serta ruhi untuk menguji ketahanan dan kefahaman para ahli dalam dakwah yang dibawa oleh ISMA kepada masyarakat. Dengan kerjasama yang baik dari pihak Resort, aktiviti-aktiviti telah dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Para peserta berpeluang melakukan ‘jungle trekking’ sambil belajar ilmu-ilmu baru dalam hutan di bawah bimbingan guide bekas tentera yang terlatih yang disediakan oleh pihak Resort. Tahap fitness juga diuji dengan aktiviti sukan seperti lumba lari, gusti dan sebagainya. Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Ahli, Ikatan Muslimin Malaysia | Tagged Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, ISMA Zon Tengah, Perkhemahan | 2 Komen »
Universiti tempat kita belajar adalah untuk melahirkan graduan-graduan supaya bila kita keluar nanti kita diterima bekerja. Selama 4 atau 5 tahun kita di universiti macam-macam yang kita belajar daripada guru-guru yg mahir dalam bidang masing-masing. Kita kena datang kelas, buat ‘assignment’, projek, ambil ujian, kuiz, buat ‘homework’ dan yang menakutkan ialah final exam. Semua kesusahan yang kita lalui adalah kerana kita mahu capai satu gulung ijazah. Ijazah melambangkan yang kita telah layak untuk menempuh alam pekerjaan tidak kira apa bidang yang kita ceburi; agama, kejuruteraan, akauntan, ICT dan lain-lain.
Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Tazkirah/Kuliyah | Leave a Comment »
12 Julai 2009 – Para ahli ISMA DHL serta rakan-rakan ahli telah mengikuti satu Seminar Pengurusan Kewangan bertempat di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi pada pagi ini. Dengan matlamat untuk menambahbaik kemahiran mengurus kewangan persendirian, keluarga dan organisasi, seminar ini telah dianjurkan dengan kerjasama Hijrah Strategy Advisory Group Sdn. Bhd.

Para penceramah dari Hijrah Strategy Advisory Group Sdn. Bhd.
Dikirim dalam Ahli | Tagged Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, Keusahawanan | 2 Komen »

Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL, bersama Dr. Tajul Ariffin Noordin, YDP Persatuan Penduduk BBBangi yang turut merasmikan Pejabat Urusan ISMA Cawangan Hulu Langat yang baharu.
Pada tanggal 27 Jun 2009 bersamaan 4 Rejab 1430H yang lepas Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat telah melancarkan pejabat urusan rasminya yang beralamat di 7-2-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Bandar Baru Bangi. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dr Tajul Ariffin Noordin, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan dihadiri oleh tetamu jemputan daripada Jamaah Islah Malaysia, JASA, Masjid Hasanah dan Surau Al-Amirin. YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi yang sepatutnya hadir merasmikan majlis tersebut terpaksa membatalkan hasratnya kerana menghadiri mesyuarat tergempar bersama YAB Menteri Besar Selangor. Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Am | Tagged Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat | 1 Komen »
KUALA LUMPUR – Mempelajari sains sambil dapat mengaplikasikannya merupakan satu pengalaman yang menarik bagi ahli Kelab Nadi Asybal wa Zahrawat ISMA (NAZIM). Kanak-kanak sekitar Daerah Hulu Langat (DHL) seramai 41 orang telah berkesempatan melawat Pusat Sains Negara (PSN) pada akhir cuti sekolah baru-baru ini. Lima pengiring ditugaskan menjaga dan mengawal aktiviti peserta. Sebuah bas khas telah disewa untuk membawa peserta ke sana dan bertolak pada pukul 9 pagi. Peserta dibekalkan sandwich sebagai sarapan. Setelah tiba, peserta berkumpul untuk mendengar sedikit penerangan dan nasihat dari ketua lawatan kemudian bergambar untuk kenangan. Sekali lagi penerangan diberikan oleh petugas PSN. Peserta berpeluang menjelajah pelbagai jenis pameran di ruang legar dan setiap bilik bangunan tersebut.
Dikirim dalam Kelab Remaja ISMA, NAZIM (Aulad) | Tagged Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, Kelab Asybal wa Zahrawat, Kelab Remaja ISMA | Leave a Comment »
Saya tidak tahu apakah maksud kerajaan perpaduan yang ingin dicadangkan oleh pimpinan PAS dan UMNO dalam corak pemerintahan masadepan Malaysia. Apa yang dapat difahami melalui komentar pimpinan PAS wujud dua arus berbeza antara yang tidak setuju dengan idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh President PAS dan antara yang setuju.
Perbezaan ini mungkin disebabkan pengalaman berinteraksi dengan UMNO, sikap kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri khususnya Kelantan dan Kedah.
Beberapa minggu lalu saya berkesempatan duduk dalam satu majlis makan malam anjuran Surau An Nur Bandar Baru Bangi untuk mengutip derma bagi satu kawasan parlimen PAS di Kelantan. Dalam ucapan aluan Dr Haron Din, ahli Parlimen kawasan tersebut dan Ustaz Nik Abdul Aziz ternyata betapa beratnya perasaan yang dipikul oleh mereka akibat sikap kerajaan Persekutuan yang disebut sebai menganaktirikan rakyat dibawah pemerintahan PAS walaupun ahli-ahli Parlimen kerajaan mendapat peruntukan ratusan ribu ringgit.
Dikirim dalam Siyasah | Tagged Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, Ustaz Annuar Salleh | Leave a Comment »

Ustaz Fathi Yakan
Ketua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan
meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya.
Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara
merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di
dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an.
Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari
gerakan Islam di dunia Arab.
Beliau melahirkan sejumlah karya, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut
Islam” dan “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis
Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan banyak dalam bahasa
asing lainnya.
Dikirim dalam Dunia Islam | 7 Komen »








