12 Julai 2009 – Para ahli ISMA DHL serta rakan-rakan ahli telah mengikuti satu Seminar Pengurusan Kewangan bertempat di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi pada pagi ini. Dengan matlamat untuk menambahbaik kemahiran mengurus kewangan persendirian, keluarga dan organisasi, seminar ini telah dianjurkan dengan kerjasama Hijrah Strategy Advisory Group Sdn. Bhd.

Para penceramah dari Hijrah Strategy Advisory Group Sdn. Bhd.
Banyak maklumat yang telah diperolehi tentang cara-cara menguruskan wang serta potensi pelaburan yang boleh dimanfaatkan oleh para ahli ISMA untuk menambahbaik kedudukan kewangan demi matlamat dakwah.
Apa yang penting ialah seminar ini telah banyak meningkatkan kesedaran tentang keperluan merancang kedudukan kewangan masing-masing.
Pada kebiasaannya, amalan menyimpan tidak dibuat secara terancang dan hanya dilakukan sekiranya ada lebihan dari pendapatan bulanan. Oleh itu, formula biasa ialah:
SIMPANAN = PENDAPATAN - PERBELANJAAN
Ini adalah satu kesilapan besar!!! Sekiranya terlebih belanja, atau perbelanjaan menyamai pendapatan, tidak adalah simpanan!!
Untuk mendisiplinkan diri dan keluarga untuk menyimpan, para ahli telah disarankan untuk mengagihkan pendapatan bulanan dengan bijaksana demi masa hadapan dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% dari jumlah pendapatan terlebih dahulu sebelum berkira-kira untuk berbelanja. Untuk tujuan ini, formula simpanan yang sepatutnya ialah:
PERBELANJAAN = PENDAPATAN - SIMPANAN 10%
Unjuran dari cadangan di atas, ISMA DHL merasakan perlunya juga mengambil kira simpanan untuk hari akhirat, yang ganjarannya berlipat kali ganda berbanding simpanan di dunia. Ianya merupakan pelaburan hakiki yang mesti diambil kira oleh setiap orang Islam. Ketika Imam Syahid Hasan Al-Banna ditanya tentang dari manakah datangnya sumber kewangan untuk menjayakan projek-projek dakwahnya, beliau menjawab, “Sumber kewangan kita adalah dari poket ahli-ahli”. Maka disarankan formula berikut kepada semua ahli:
PERBELANJAAN = PENDAPATAN - INFAQ FI SABILILLAH – SIMPANAN 10%
Semoga hidup kita, keluarga kita, harta kita dan mati kita adalah untuk Allah, Rasul dan dakwah.












sedikit sebanyak tahu bagaimana nak urus kewangan untuk jangka masa panjang
boleh jemput ust.annuar pulak bg talks lepas ni..
artikel yang pantas – mabruk!
Apabila ahli kaya dan makmur maka organisasi akan turut kaya dan makmur. Rata-rata organisasi berasaskan Islam hari ini miskin. Ini menggambarkan bahawa kedudukan kewangan ahli-ahlinya yang parah.
Suasana ini menyebabkan ahli sibuk bekerja mencari rezeki siang malam. Tugas terhadap organisasi hanya boleh dibuat secara part time.
Perlu ada perancangan untuk keluar daripada kitaran dan persekitaran yang merugikan ini.
Kenapa mesti bekerja sehingga pencen 55 tahun? Adakah ini satu wahyu?