
Ustaz Fathi Yakan
Ketua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan
meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya.
Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara
merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di
dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an.
Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari
gerakan Islam di dunia Arab.
Beliau melahirkan sejumlah karya, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut
Islam” dan “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis
Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan banyak dalam bahasa
asing lainnya.
Beliau menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi
kerusi bagi puak sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau
merupakan salah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.
Peranan beliau di Libanon, sebagai seorang yang patriotik dan menyatukan
untuk menghindari perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama
antara kekuatan mejoriti dan minoriti.
– Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji’un –
berita asal di http://www.ikhwan-jor.com






semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau Al Fatihah
semoga Allah mentempatkn bersama para nabi-nabi di syurgaNYA iaitu syurga Firdaus……….beliau telah menjalankan tugas2 sebagai khalifah Allah di muka bumi …..kita bagaimana pula….
betul tu……kita perlu fikir tentang kita….x guna kalu kita banggakn apa yg telah beliau buat….kita perlu tanya apa sumbangan kita terhadap islam….
Salam.. Semoga khazanah ilmu yang ustaz tinggalkan kepada umat islam dapat dihayati dan diteruskan oleh para pejuang kebenaran.. Aminn.
Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji’un..
Seorang lagi tokoh agung telah meninggalkan kita..
moga2 byk lagi tokoh2 baru yang akan muncul dari hasil didikan beliau.. insyaallah!!
Salam,
Dunia kehilangan tokoh Harakah Islamiyah yg ulung- yg sempat hidup sezaman Asy-Syahid Hasan Al-Banna. Penulisan beliau yg banyak membantu murabbi zaman kebelakangan ini. Sukar mencari ganti…namun ayuh ikhwah akhowat sekelian sama2 kita bina saf murabbi & daie ke arah melahirkan generasi rabbani yg diimpikan oleh seluruh mujahid dulu, kini & akan datang.
Moga Allah SWT mencucuri ruhnya & memasukkkan beliau ke golongan para mursalin & solihin. Aamiin.
Al-Faatihah.
Saya mula membaca “Apa Erti Saya Menganut Islam” sewaktu berusia 20 tahun iaitu sewaktu tahun 1 di pengajian ekonomi di UKM. Kitab ini yang diterjemah ke Bahasa Melayu banyak mendidik saya yang pada waktu itu masih jahil.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah.