MABIT telah berjalan dengan lancar pada malam 30 Mei 2009 bertempat di Pejabat ISMA Cawangan Daerah Hulu Langat (DHL). Program MABIT ini merupakan program besar pertama yang dianjur di pejabat baru ISMA DHL yang baru sahaja dilengkapkan dengan peralatan dan perabut, terutama di dewan seminar. MABIT dihadiri belia-belia serta remaja-remaja dari sekitar daerah Hulu Langat.
MABIT pada kali ini, seperti biasa, dibuka dengan pengisian keruhanian dan diteruskan dengan tadarus Al-Quran secara berkumpulan, sebelum tidur.
Dalam segmen pengisian, Saudara Nazif mengupas bab maut yang dipetik dari buku Tazkiyyatun Nafs karangan Said Hawwa. Dalam pembentangannya, Saudara Nazif mendedahkan beberapa punca kedegilan manusia untuk bersedia menghadapi maut yang punca utamanya adalah kecintaan kepada dunia. Saudara Nazif juga sempat berkongsi pengalamannya ketika di luar negara dalam berhadapan dengan golongan Atheis yang enggan mengiktiraf kewujudan Allah dan enggan menerima hakikat kematian. Saudara Nazif juga telah memberikan beberapa nasihat & panduan yang dipetik dari buku Said Hawwa ini berkenaan urgensi dan cara untuk menjadi insan yang sentiasa mengingati dan bersedia menghadapi kematian yang pasti.
Para peserta MABIT dikejutkan dari tidur seawal jam 430am untuk sesi qiamullail. Qiamullail MABIT kali ini telah diimamkan oleh Saudara Rusman diikuti Saudara Abdul Shakur yang memimpin solat Subuh & bacaan Ma’thurat.
Peserta MABIT seterusnya dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum bergerak ke padang UKM untuk turut serta dalam riadah bola sepak mingguan ISMA Hulu Langat.
Acara MABIT anjuran ISMA Hulu Langat merupakan program yang dianjur secara dwi-bulanan. Ia merupakan salah satu program tarbiyyah untuk membangkitkan keimanan & ketaqwaan melalui pengisian-pengisian, serta ibadah qiamullail yang menjadi sunnah Rasulullah S.A.W. , disamping merapatkan ukhuwwah dikalangan peserta. Orang ramai, terutama golongan remaja & belia dialu-alukan untuk hadir.
Oleh Addin Khalid









salam akhi…
rindu program bersama kalian… =(
Salam ziarah dari Shah Alam..
bahteradakwah.wordpress.com