Peperangan antara Islam dan Zionis bermula sejak sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w. lagi. Golongan Yahudi telah dicatatkan dalam al-Quran sebagai golongan yang memusuhi para nabi dan Islam. Dalam peperangan mutakhir Yahudi memperalatkan golongan Kristian untuk menyertai peperangan Salib menentang Khalifah Islam.
Kegagalan mereka dalam peperangan Salib memberi pengajaran bahawa Umat Islam tidak akan dapat dikalahkan dengan apapun senjata selagi keimanan mereka utuh di dada dan selagi al-Quran menjadi manhaj hidup mereka.
Bertitik tolak daripada keyakinan ini Yahudi Zionis menukarkan strategi menentang Islam dengan memerangi pemikiran, aqidah, akhlak dan budaya hidup mereka. Daripada kesedaran ini Yahudi menggariskan 20 protokol mereka yang menjadi panduan kerja bagi menghancurkan Islam, menjatuhkan kuasa khalifah Islam dan memastikan Islam tidak akan tertegak kembali.
Setelah Ingerís datang ke Tanah Melayu pada tahun 1818 di Singapura Inggeris telah menjajah Mesir pada tahun 1882. Glad Stone yang ketika itu menjadi Perdana Menteri England mengungkapkan bahawa kita tidak akan aman dibumi Mesir selagi al-Quran berada di dada rakyat Mesir. Ketika itu Ingerís baru meneroka Tanah Melayu bagi melancarkan serangan Salib ke atas Wilayah Khalifah Turki Uthmaniyyah yang akhirnya digulingkan oleh Kamal Atarturk pada tahun 1924.
Kedatangan Ingerís ke Tanah Melayu membawa serangan terancang secara halus melalui penjajahan pemikiran, budaya, sistem, adat dan kebudayaan. Penubuhan sekolah-sekolah Kristian, Penang Free School, Maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah aliran Melayu dan Ingerís. Membuat perjanjian dengan sultan-sultan Melayu dengan menubuhkan sistem Resident. Pemikiran rakyat Tanah Melayu dijajah melalui ilmu-ilmu yang di ajar sehinggakan subjek pendidikan Islampun diajar berdasarkan kelolaan Inggeris.
Setelah hampir 130 tahun Inggeris menduduki Tanah Melayu merencana dan mendidik rakyat Tanah Melayu mengikut acuan mereka maka pada tahun 1957 Tanah Melayu dimerdekakan dan bermulalah sistem politik kepartian yang direncanakan oleh Inggeris berdasarkan kontrak sosial yang dipersetujui bersama dalam perlembagaan persekutuan.
Sekarang sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka. Umat Islam tidak bertambah kuat identitinya. Mereka yang sepatutnya menjadi umat yang membawa risalah nabi kebanyakannya menyimpankan akidah untuk diri sendiri, beramal ibadah untuk diri sendiri sedangkan mereka memikul amanah menyampaikan dakwah kepada semua umat manusia. Inggeris pulang ke negara mereka setelah mengaut hasil bumi ini sepuas-puasnya kemudian hingga kini kita masih melaksanakan sistem peninggalan penjajah dalam politik, ekonomi, undang-undang, kehakiman, pelajaran, kebudayaan, sukan dan lain-lainnya.
Lebih 50 tahun juga perjuangan untuk menegakkan Islam dilakukan melalui kerangka pilihanraya, kerangka demokrasi dengan mengharapkan suatu hari nanti umat Islam akan mengundi pejuang-pejuang Islam dan menyokong gagasan mereka. Sebaliknya sistem sekular terus mendidik rakyat bermula daripada sekolah rendah sehingga universiti.
Apakah cukup dengan hanya menyertai parti politik dan berjuang untuk memenangi pilihanraya setiap 4 tahun anak-anak kita akan menjadi soleh, beriman, mencintai Islam, memahami al-Quran, memahami hadis-hadis nabi dan akhirnya meneruskan perjuangan kita menegakkan Islam? Apakah yang mereka belajar di sekolah, television, filem-filem, majalah, novel dan rakan sebaya.
Lihatlah apakah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang sudah pencen semasa masa terluang mereka hari ini. Apakah cukup dengan mendengar kuliah-kuliah agama, ceramah, majlis Ilmu dan beribadah siang dan malam. Apakah kerja-kerja mereka ini menambahkan kebaikan kepada generasi ummah yang semakin tenat.
Kenapa mereka tidak mewakafkan waktu mereka untuk mengajar tafsir al-Quran, hadis-hadis nabi, seerah para sahabat secara percuma kepada generasi setempat.? Apakah mereka hanya menunggu saat kematian tanpa melakukan sesuatu yang produktif untuk ummah?
Mereka ini pada umumnya adalah generasi yang lahir pada awal kemerdekaan. Mereka adalah generasi yang dididik dan di asuh mengikut sistem politik penjajah selepas merdeka. Apakah yang kita ingin harapkan kepada generasi yang lahir hari ini 50 tahun akan datang. Apalah mereka juga akan mengulangi generasi hari ini yang hanya mampu melihat keruntuhan ummah dan hanya berjuang dengan doa..
Cukuplah umat Melayu bertarung sesama sendiri dalam arena politik sebagai pemerintah dan pembangkang sehingga terbawa-bawa ke dalam urusan sosial dan ekonomi. Perjuangan hidup kita di dunia ini bukan sekadar ingin menikmati kesenangan hidup yang mewah, rumah selesa, kereta besar, boleh melancung ke sana-sini dan mewariskan zuriat dengan kemewahan yang boleh didapati secara mudah bila memiliki kuasa politik.
Kita umat Melayu adalah umat Islam yang membawa risalah. Islam adalah agama kita, al-Quran adalah taklimat Allah kepada kita untuk kita fahami dan amalkan. Sunnah nabi s.a.w. dan seerah hidupnya adalah contoh praktikal terhadap nas-nas al-Quran. Amalan para sahabat dan para tabiin adalah contoh teladan dalam mempraktikkan Islam dalam situasi yang berbeza. Bilakah lagi kita ingin menunggu tanpa mengikuti langkah-langkah perjuangan nabi s.a.w. sebenar.
Lihatlah bangsa-bangsa lain di negara kita ; mereka juga berhak untuk menghuni syurga tetapi siapakah yang akan membimbing tangan mereka kalau bukan Umat Melayu yang telah lama menganut Islam untuk sama-sama membimbing mereka melalui jalan ke syurga.
Apakah umat Islam hari ini juga meyakini bahawa orang bukan Islam akan memasuki syurga dengan cara agama mereka sebagaimana kebanyakan umat bukan Islam meyakininya?
Lantaran itu bangsa-bangsa ini dibiarkan tanpa diajak untuk menganut agama Islam. Apakah setiap umat Islam hari ini memiliki keyakinan untuk menyampaikan ilmu-ilmu aqidah, akhlak, ibadah, muamalat, munakahat, dan siyaah syariyyah kepada umat bukan Islam?
Bukankan maksud menegakkan Islam ialah menegakkan Islam dalam diri manusia?. Bukankah nabi s.a.w. berdakwah mengajak manusia untuk memahami al-quran dan menghayatinya? Kenapa umat Islam yang telah memeluk Islam sejak sebelum merdeka tidak menagajarkan Islam kepada jirannya, kawannya yang bukan Islam.?
Ia adalah tidak lain kerana ketidakmampuan, ketidakyakinan terhadap Islam kerana kecetekan Ilmu yang diperolehi sepanjang hayat. Atau kerana tidak digerakkan oleh gerakan Islam secara serius dan maksima.
Generasi yang lahir dan hidup pada hari ini akan mengulangi sikap generasi yang sudah pencen ini 50 tahun akan datang jika gerakan Islam keseluruhannya tidak mengubah cara kerja mereka kepada mengutamakan tarbiyyah, mengajar untuk memahami al-Quran, sunnah dan seerah s.a.w. dengan bersungguh-sungguh kepada ahlinya dan anggota masyarakat.
Bersama-sama membina akhlak dan kerohanian yang tinggi melalui amalan membaca al-Quran, berzikir, berqiamullail dan wacana ilmu yang tersusun dan berobjektif melalui majlis ilmu dan usrah kepaa seluruh ahli dan ummah.
قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (12:108)
“Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik” Surah Yusuf : 107.
Ustaz Mustafa Masyhur dalam bukunya Jalan Dakwah menegaskan bahawa jalan dakwah hanyalah satu iaitu jalan yang telah dilalui oleh rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya.
Di atas jalan inilah para mujahidin bergerak dengan penuh kejelasan dan setiap tindakan mereka dipandukan dengan hujjah Syarak sama ada daripada nas-nas al-Quran maupun hadis dan seerah rasulullah s.a.w. Kerja-kerja dakwah adalah kerja-kerja soleh atau amal soleh. Semua amal soleh adalah satu ibadah kepada Allah dan sesuatu ibadah tidak sah hanya dengan niat yang ikhlas atau matlamat yang baik tetapi memerlukan juga bertepatan dengan hujjah-hujjah Syarak.
Kesimpulannya kita boleh terlibat berusaha untuk menegakkan Islam dalam apa-apa pertubuhan dan parti politik tetapi mestilah melaksankan manhaj yang nabi lalui bersama-sahabat sahabatnya. Jika tidak kita masih terperangkap dengan pemikiran politik barat yang hanya menunggu perubahan setiap kali pilihanraya. Umat Islam perlu dididik mengikut acuan dan manhaj al-Quran sebagaimana generasi pertama Islam dididik dan dibentuk.
Inilah tugas gerakan Islam sebenar masa kini kerana kita tidak boleh menyerahkan tanggungjawab ini kepada kerajaan sekular yang tidak mampu melaksanakan manhaj Islam dalam situasi politik kini. Apabila ditanya : ” manakah dia pemuda yang boleh menyelamatkan umat ini” Aku merasai akulah pemuda itu, aku tidak lagi duduk dan tidak lagi membodohkan diri..( syair Arab jahiliyyah)

Ustaz Annuar Salleh
YDP ISMA DHL
http://renungan2u.wordpress.com








Siasah atau Politik. satu tulisan yang memberi ilham untuk tulisan saya.. sudi2lah baca berkenaan Politik atau Siasah versi saya
sini