Bandar Baru Bangi, 8 Nov 2007 – Majlis sambutan hari raya ISMA DHL telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah dan bermakna di Pejabat ISMA Pusat, Bandar Baru Bangi.Pada waktu paginya telah diadakan sesi ramah mesra di antara ahli-ahli ISMA DHL bersama AJK ISMA Pusat. Masa telah dimanfaatkan sepenuhnya dengan sesi pembentangan dan perkongsian oleh AJK ISMA Pusat tentang hala tuju dan perkembangan dakwah ISMA terkini.






Majlis jamuan raya menyusul selepas solat Zohor dengan para ahli bekerjasama menyediakan juadah dan hidangan. Majlis didahului oleh ucapan ringkas Yang Dipertua ISMA DHL, Ustaz Annuar Salleh, dan diselang-seli dengan persembahan nasyid oleh adik-adik di sekitar daerah Hulu Langat. Adik-adik juga turut menerima duit raya yang disampaikan oleh Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL.

Majlis bersurai di sekitar jam 3.00 petang.







